Pasport Jepun Paling Berkuasa Tahun 2021 Dalam Kemas Kini Terbaru Henley Passport Index );

Type to search

Backpackerz Insider

Pasport Jepun Paling Berkuasa Tahun 2021 Dalam Kemas Kini Terbaru Henley Passport Index

Share
Pasport

Jepun menduduki tangga pertama dalam senarai terbaru pasport paling berkuasa di dunia yang dikeluarkan oleh ‘Henley Passport Index‘.

Tanpa mengambil kira sekatan perjalanan sementara akibat COVID-19, pasport Jepun terus mempertahankan kedudukannya dalam indeks tersebut – yang dibuat berdasarkan data eksklusif dari Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Pemegang pasport Jepun boleh memasuki 193 negara di seluruh dunia tanpa visa. Singapura kekal di tempat ke-2, dengan skor bebas visa / visa semasa ketibaan sebanyak 192, sementara Jerman dan Korea Selatan sekali lagi berkongsi tempat ke-3, masing-masing dengan akses ke 191 negara.

Indeks tersebut menilai kekuasaan sesuatu pasport berdasarkan berapa banyak negara yang boleh dimasuki oleh pemegangnya tanpa visa. Senarai tersebut sentiasa dikemaskini sepanjang tahun.

Malaysia berada di kedudukan ke-12 dengan skor sebanyak 179, berkongsi kedudukan dengan Liechtenstein.

Walaupun hanya terdapat sedikit perubahan dalam indeks tersebut sejak bermulanya Covid-19, pasport China mencatatkan peningkatan terbesar dalam dekad terakhir kemas kini terbaru itu.

Ia meningkat dari kedudukan ke-90 dengan skor 40 pada 2011, ke tempat ke-68 dengan skor 77.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!