Passport New Zealand Kini Paling Berkuasa Di Dunia - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

Passport New Zealand Kini Paling Berkuasa Di Dunia

Avatar
Share

Passport New Zealand telah naik ke kedudukan teratas dalam Senarai Index Passport menerusi alat pemeringkatan passport interaktif.

Ia membandingkan pemberian akses menggunakan passport dari 193 negara anggota PBB serta enam wilayahnya.

Dalam senarai yang dikemaskini bagi kedudukan global oleh Arton Capital, terdapat tiga peringkat untuk menentukan kedudukannya secara individu.

Pelbagai faktor mempengaruhi ranking, termasuk skor mobiliti, syarat visa, kebenaran perjalanan elektronik dan skor keterbukaan dunia.

Sumber: The Spinoff

Sekatan perjalanan yang disebabkan pandemik COVID-19 telah menyebabkan pergolakan perjalanan tanpa visa.

New Zealand kini berada di kedudukan teratas indeks passport dengan akses tanpa visa atau visa semasa masuk ke 128 negara.

Jepun berada di tempat kedua dengan skor 128, diikuti Jerman, Austria, Luxembourg, Switzerland, Ireland, Korea Selatan dan Australia.

Manakala Sweden, Belgium, Perancis, Finland, Itali dan Sepanyol berada di tempat ketiga dengan skor 127.

Negara-negara Eropah kebanyakannya berada dalam senarai 10 teratas, kerana mengamalkan ‘pergerakan bebas’ Schengen dengan beberapa kelonggaran sekatan semasa pandemik.

Penulis berharap agar vaksin wabak COVID-19 berjaya dihasilkan dalam masa terdekat. Kesian tengok passport yang baru renew tapi tidak mampu berjasa kepada empunya badan. Teruskan patuh SOP demi kebaikan bersama! 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!