Pelancong Asing Di Bali Didenda 'Push-up' Kerana Tidak Pakai Pelitup Muka - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider

Pelancong Asing Di Bali Didenda ‘Push-up’ Kerana Tidak Pakai Pelitup Muka

Avatar
Share
Pelancong Asing Didenda Di Bali

Dalam menghadapi musim COVID-19 ketika ini, kebanyakan negara mengenakan peraturan yang ketat sebagai langkah keselamatan bagi mengekang penularan wabak tersebut.

Pemakaian pelitup muka adalah antara perkara yang diwajibkan oleh majoriti negara di seluruh dunia. Kegagalan mematuhi peraturan tersebut boleh menyebabkan seseorang individu didenda oleh pihak berkuasa.

Pihak polis di Bali, Indonesia nampaknya mempunyai cara yang unik bagi mendenda pelancong di Bali yang gagal mematuhi arahan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Beberapa gambar dan video tular di media sosial baru-baru ini yang menunjukkan pihak polis Bali mendenda pelancong asing yang tidak memakai pelitup muka melakukan tekan tubi.

[Gambar: ABC]

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=0d5VlWsTrh4[/embedyt]

Selain daripada tekan tubi, mereka yang bersalah turut didenda sebanyak 100,000 rupiah.

Menurut salah seorang pegawai tinggi Polis Bali, Gusti Agung Kerta Suryanegara, 80% daripada kes pelanggaran undang-undang COVID-19 adalah membabitkan pelancong asing.

“Rasa hormat terhadap undang-undang pemakaian pelitup muka oleh pelancong asing adalah sangat rendah,” katanya kepada ABC.

“Mula-mula mereka kata mereka tidak tahu akan undang-undang ini, kemudian mereka kata mereka terlupa membawa pelitup muka, pelitup muka basah atau koyak,” tambahnya.

[Gambar: ABC]

Di Bali, jumlah kes COVID-19 meningkat dengan tinggi dengan lebih daripada 20,255 kes dan 579 kematian dilaporkan.

Menurut pihak berkuasa, kira-kira 8,860 kes pelanggaran undang-undang COVID-19 telah dilaporkan di Bali minggu lalu.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!