Pelancong Dari Tiga Negara Ini Antara Kumpulan Pertama Dibenarkan Mengunjungi Thailand - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Pelancong Dari Tiga Negara Ini Antara Kumpulan Pertama Dibenarkan Mengunjungi Thailand

Share
  • Penduduk tetap, eksekutif perniagaan, profesional, pekerja mahir & pelancong perubatan antara kumpulan pertama.
  • Tiada sebarang jangkitan tempatan (COVID-19) selepas 28 hari.
  • Turut dibenarkan pelancong di bawah program ‘travel bubble’ memasuki Thailand tanpa kuarantin 14 hari.

Thailand mencatatkan 3,151 kes COVID-19 dengan 58 kematian setakat ini. Sejak 28 hari lalu, negara ini melaporkan tiada sebarang penularan tempatan.

Oleh itu, Thailand merancang untuk melonggarkan sekatan secara berperingkat terhadap kemasukan warga asing ke negara ini. Sawadikap! 

Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19, terdapat beberapa kategori warga asing yang akan dibenarkan masuk ke Thailand.

Antaranya para eksekutif perniagaan, profesional dan pekerja mahir, penduduk tetap, expatriate dan pelancong perubatan.

Manakala tetamu kerajaan, ahli perniagaan dan pelancong di bawah perancangan ‘travel bubbles’ antara golongan yang dibenar masuk tanpa perlu kuarantin.

Pelancong dari Korea Selatan, Jepun dan China mungkin negara pertama akan dibenarkan mengunjungi Thailand dalam masa terdekat.

Foto/Bernama

Tahap kesihatan dan keselamatan orang awam dan pelancong asing menjadi keutamaan kerajaan Thailand.

Sehingga kini, terdapat 54 ribu individu telah memohon untuk memasuki Negeri Gajah Putih ini.

Sumber: Bernama

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!