Pelancong Malaysia Lemas Ketika Snorkeling di Krabi, Thailand Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Asean Berita Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Pelancong Malaysia Lemas Ketika Snorkeling di Krabi, Thailand

Share
  • Dianggarkan terdapat kira-kira 200 kepulauan dan pulau kecil sekitar Krabi termasuk Koh Phi Phi & Koh Lanta.
  • Bagi mereka yang merancang ke Thailand tetapi tidak suka tempat yang sesak, korang boleh bercuti di Krabi untuk alternatif Phuket atau Bangkok.
  • Jun hingga Oktober, Krabi mengalami hujan lebat & tidak disarankan untuk dikunjungi pelancong. Sentiasa semak keadaan cuaca.

“Tiada perubahan ketara ditunjukkan ketika membuat panggilan video kepada emak. Cuma, pada mulanya arwah tidak mahu mengikuti rombongan hari keluarga syarikatnya ke pulau peranginan tersebut”, jelas Siti Saadiyah, kakak mangsa.

Seorang rakyat Malaysia dipercayai lemas ketika melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Poda, Ao Nang, Wilayah Krabi, Thailand.

Ko Poda, Krabi

Dalam kejadian pada hari Ahad jam 9 pagi (waktu tempatan), mangsa seorang juruteknik dari Ledang, Johor melancong ke Pantai Ao Nang bersama rakan sekerjanya. Mangsa dilaporkan mengikuti rombongan syarikat ke Krabi dengan menaiki bas Khamis lalu dan dijangka pulang ke Malaysia hari ini.

Pasukan sukarelawan yang berada di tempat kejadian memberi bantuan pernafasan (CPR) terhadap mangsa namun gagal. Menurut laporan Bernama, manga disahkan meninggal dunia kira-kira 12.20 tengah hari selepas dikejarkan ke Hospital Krabi pada jam 10 pagi.

Keluarga sedang berurusan dengan wakil Konsulat Malaysia di Songkhla untuk membawa pulang jenazah. Salam takziah buat keluarga mangsa.

Kronologi

  • Tiba di lokasi kedua, Pulau Poda, Ao Nang, bot berhenti untuk aktiviti snorkeling. Tidak lama selepas itu, rakan-rakan menyedari mangsa tidak kelihatan di sekitar bot.
  • Mereka lakukan pencarian tapi hanya jumpa life jacket milik John (nama gelaran). Namun arwah dah terdampar di tepi pantai tertiarap sebelah kayu.
  • Mangsa telah hanyut ke pantai. Orang awam jumpa cuba bantu beri bantuan pernafasan (CPR) terhadap mangsa.
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!