Pelancong Malaysia Mati Lemas Di Nusa Penida, Bali Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Pelancong Malaysia Mati Lemas Di Nusa Penida, Bali

Share
  • Nusa Penida merupakan daerah terbesar dari tiga pulau Nusa yang terletak ke tenggara Bali.
  • Bersama-sama dengan Nusa Lembongan & Nusa Ceningan, tiga pulau tersebut telah menarik lebih ramai pelancong dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
  • Meskipun hanya perlu menaiki bot selama 30 minit dari pulau utama, pulau-pulau ini menghadapi kekurangan infrastruktur, kemudahan & tidak dimajukan.

Nusa Penida tidak asing lagi dalam buruan pelancong luar jika berlibur ke Bali. Kekurangan pembangunan serta kemudahan tidak lengkap bukan penghalang kepada pengunjung sebaliknya ramai pelancong lebih tertarik dengan pesona pantai yang cukup indah.

Nusa Penida menawarkan pemandangan laut biru, struktur tebing pantai yang menakjubkan dan cukup terkenal dengan aktiviti snorkeling serta menyelam.

Karang Boma Cliff, Nusa Penida

Pun begitu, pada sisi lain gambaran Nusa Penida ini adalah rekod keselamatan yang lemah, termasuk pelbagai kemalangan yang meragut nyawa telah dicatatkan berhampiran atau di sekitar cove Devil’s Tear of Nusa Lembongan. Awal minggu lalu, dua warga asing mati lemas selepas bot yang dinaiki terbalik akibat pukulan ombak kuat berhampiran tarikan pelancong yang popular ini.

TERKINI, seorang pelancong Malaysia berusia 40 tahun meninggal dunia semalam (18 September) selepas dia dihanyutkan ombak besar lalu lemas di pantai Diamond Beach di Nusa Penida, Bali.

Diamond Beach, Nusa Penida

Dalam satu kenyataan, polis daerah Nusa Penida mengenal pasti mangsa merupakan pelancong Malaysia. Menurut sumber, mangsa dan isterinya mengunjungi Diamond Beach kira-kira tengah hari semalam, di mana mangsa dikatakan berenang sendirian sementara isterinya menunggu di pantai.

Tidak lama selepas itu, mangsa dipukul ombak besar dan dihanyutkan terus ke laut. Mangsa dilaporkan gagal bertahan lama ketika dia cuba melawan arus untuk kembali ke pantai namun pukulan ombak secara berterusan menyebabkan mangsa lemas.

Bali also popular spots among tourist for surfing

Pada masa penduduk tempatan tiba untuk bantu menyelamatkannya, mangsa sudah tidak sedarkan diri lalu meninggal dunia.

Menurut Polis Klungkung, jenazah mangsa dilaporkan berada di Hospital Pratama Nusa Penida sementara pihak berkuasa menunggu keputusan keluarga dan konsulat. Takziah diucapkan buat waris mangsa.

Sumber: Coconuts
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!