Pelancongan Dunia Rugi RM1.9 trilion, Asia Paling Terkesan Impak Covid-19 - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Asia Berita Pilihan Editor

Pelancongan Dunia Rugi RM1.9 trilion, Asia Paling Terkesan Impak Covid-19

Avatar
Share
  • Penuruan paling ketara berlaku di Asia, rantau pertama diserang pandemik Covid-19.
  • Jumlah ketibaan pelancong susut sebanyak 65 peratus (440 juta) semasa tempoh enam bulan.
  • Sektor pelancongan global pernah mencatatkan kerugian teruk semasa dunia berdepan krisis ekonomi pada 2009.

Pada ketika negara di seluruh dunia menutup pintu sempadan, menyekat kemasukan pelancong luar dan mengenakan larangan perjalanan, ‘nyawa’ Covid-19 masih panjang.

Setakat hari ini, kematian yang dicatatkan sudah menghampiri 1 juta orang dan kes di Malaysia sudah mencecah 10 ribu.

Tidak terhenti di situ, wabak koronavirus menyebabkan sektor pelancongan dunia kerugian mencecah AS$460 bilion (RM1.9 trilion) – enam bulan pertama 2020.

Covid-19
Airport Germany/Photo - Alexander Koerner/Getty Images

Memetik laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PPB), jumlah individu melancong yang menyusut menjadi faktor utama.

Nilai kerugian itu menyamai hampir lima kali ganda kerugian pelancongan antarabangsa yang direkodkan pada 2009. Ketika itu dunia dilanda krisis ekonomi dan kewangan.

Penurunan bilangan pelancong akibat kesan Covid-19 belum pernah disaksikan sebelum ini. Jumlah ketibaan pelancong luar diramal susut sebanyak 70 peratus sepanjang tahun 2020.

Sekiranya sektor pelancongan kembali pulih, Pertubuhan Pelancongan Dunia (WTO) memberi peringatan bahawa penurunan permintaan serta keyakinan pelancong akan mempengaruhi sektor tersebut.

Covid-19
Venice/Photo - Andrea Pattaro/AFP/Getty Images
Covid-19
New York/Photo - Johannes Eisele/AFP/Getty Images

Agensi PBB berpendapat sekurang-kurangnya dua hingga empat tahun tempoh diperlukan untuk melihat kesan pemulihan jumlah ketibaan pelancong dunia.

Di Malaysia, unjuran yang dibuat oleh Majlis Tindakan Ekonomi meletakkan tempoh empat tahun diperlukan untuk memulihkan sektor pelancongan negara seperti sedia kala (sumber)

Pelancongan antarabangsa sebelum ini mencatatkan kenaikan empat peratus kepada 1.5 bilion pelancong. Perancis menjadi negara paling banyak dikunjungi diikuti Sepanyol dan Amerika Syarikat pada 2019.

Sabah
Kundasang-Ranau, Sabah

Sebaliknya di Malaysia, orang ramai sedang menikmati kelonggaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Ramai yang rebut peluang bergerak bebas tanpa sekatan untuk melancong dalam negara.

Teruskan menjana ekonomi setempat dengan Cuti-cuti Malaysia ke destinasi pilihan anda! Kadang-kala sedang kita berseronok, kita lupa untuk menjaga alam semula jadi. Jangan kita rosakkan habitat flora dan fauna.

Pematuhan SOP yang ditetapkan adalah tanggungjawab bersama. Ingat, kita masih belum menang! 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!