Pelayaran 4 Hari 3 Malam Atas Kapal Mewah Genting Dream, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Indah & Mesra Muslim - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asean Itinerari Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Stay In Taman Tema

Pelayaran 4 Hari 3 Malam Atas Kapal Mewah Genting Dream, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Indah & Mesra Muslim

Share

Dua undangan menyertai pelayaran sebelum ini diserahkan kepada jurnalis bertugas. Jemputan kali ketiga sedikit berlainan kerana dihoskan oleh POTO Travel & Tours, Dream Cruises & Singapore Tourism Board – nama yang tidak asing dalam industri pelancongan serta pelayaran!”

Kapal Persiaran Genting Dream

Sebelum ini, dua pelayaran di Pelabuhan Klang. Tetapi tidak kali ini, pelayaran bersama POTO Travel & Tours selama empat hari tiga malam bermula di Singapura dengan persinggahan di Pulau Pinang dan juga Phuket. Ini memang lain dan aku sudah bersedia untuk penjelajahan serta percutian mewah dengan kapal persiaran berstatus elit ini.

Wah… aku terkesima seketika melihat Genting Dream. Sudah lama aku tidak melihat kapal persiaran sebegini besar. Pelayaran dengan kapal Genting Dream berukuran 335 meter panjang dan 39.7 meter lebar ini umpama sebuah hotel mewah bergerak di tengah lautan. Dianggarkan mempunyai saiz dua kali Pavilion Kuala Lumpur! 

Pada satu-satu masa, kapal ini boleh menampung kapasiti 3,400 pengunjung beserta 2,000 kru kapal – satu nisbah pengunjung/tetamu paling tinggi dalam kapal persiaran di Asia. 

Jadi tak perlu risau tentang kurangnya staf untuk menyediakan khidmat terbaik di atas kapal mewah ini. Terdapat 1,674 kabin pelbagai kategori dan ditempatkan di 19 dek yang lengkap dengan pelbagai kemudahan pada setiap tingkat di dalam kapal ini.  

Pelayaran yang cukup indah dengan Genting Dream

PELAYARAN SULUNG SEJAK 2016

Sedikit fakta mengenai pembuatan kapal ini. Ia dibina oleh Meyer Werft yang berpangkalan di Papen­bury, Jerman. Dengan berat 150,695 tan, ia telah memulakan pelayaran sulung pada 2016. Ini bermakna aku menaiki kapal yang serba baharu.

Difahamkan, kapal persiaran Genting Dream yang aku naik ini adalah kapal serba baharu! Confirm best. Proses daftar masuk berjalan lancar dengan bantuan penuh staf yang berdedikasi dan sentiasa melemparkan senyuman. Sewaktu pendaftaran, aku perlu menyerahkan passport dan diberikan kad identiti sebagai gantian pengenalan diri sewaktu berada di atas kapal.

Kad ini berfungsi memberi akses masuk ke tempat-tempat yang dibenarkan mengikut pakej yang korang ambil dengan POTO Travel & Tours. Sebagai contoh akses ke tempat makan, taman teman, tempat aktiviti, kabin dan banyak lagi.

Lebih kurang jam 5 petang waktu tempatan, Genting Dream mula berlayar. Keterujaan menikmati percutian pelayaran selama empat hari tiga malam kian dirasai! Pelayaran ini bermula dari Marina Bay Cruise Center di Singapura menuju ke Pulau Pinang sebagai destinasi persinggahan pertama.

Fasiliti yang disediakan - taman tema, gelongsor air, mini golf & banyak lagi

SERBA MEWAH & PEMANDANGAN BALKONI

Melangkah masuk ke bilik penginapan, pemandangan yang terhidang memang sesuatu yang mempesonakan. Ruang bilik yang luas dengan sentuhan kemasan bermutu serta padat, membuatkan aku berasa selesa sepanjang pelayaran.

Tiada ruang dibazirkan di atas kapal mewah ini. Segala perabot ditata rapi dengan suasana bilik air yang menyegarkan membuatkan aku seolah tak mahu keluar dari bilik pada hari pertama. Keempukan tilam dan bantalnya boleh buat aku terlajak tidur.

Siap ada ruang balkoni dalam bilik. Inilah kelainan menginap di Genting Dream ini dengan POTO Travel & Tours! Panorama laut pagi dan petang begitu indah. Paling istimewa, ia menawarkan pemandangan dari atas kapal yang sedang bergerak, berjaya buat aku sempat mengelamun seketika. Panorama pelayaran yang tiada tandingan!

Balcony Stateroom
Menghayati pemandangan di ruang hadapan Palace Villa

SAJIAN HALAL RESTORAN THE LIDO

Selesai menikmati suasana bilik yang cukup eksklusif, aku berjalan menuju ke dek 16 untuk menikmati hidangan buffet tengahari. Untuk makluman semua, Genting Dream memiliki 35 buah restoran dan bar yang tersedia buat tetamu. Antara kesemua restoran dan bar ini, The Lido satu-satunya RESTORAN HALAL yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Restoran The Lido adalah entiti makanan dengan piawaian halal merangkumi ruang dapur sehingga ke kaunter. Selain itu, lif yang membawa makanan ini juga memegang status halal!

Pematuhan kepada piawaian ini memberi suatu kelebihan kepada pengembara Muslim yang tempah pakej pelayaran bersama POTO Travel & Tours serta Genting Dream. Senang cerita, bab makan selesai dan perut aku sentiasa kenyang!

Pada mulanya, meskipun dinyatakan hidangan di The Lido ini halal, dalam kepala aku sudah membayangkan, menikmati hidangan yang sama selama empat hari tiga malam pasti sesuatu yang membosankan. Ternyata telahan meleset. Para chef yang terlibat sentiasa menyediakan hidangan yang pasti membuat anda tertunggu-tunggu bila waktu makan seterusnya.

Daripada nasi briyani, nasi dalca, gulai kambing, sup kambing hinggalah kepada ayam masak merah, selera anda pasti ditangani dengan baik apabila chef turut menghidangkan nasi putih dengan lauk-pauk tradisional seperti masak lemak cili api, sambal tumis sotong, bayam masak lemak, kari ikan bawal dan sambal belacan lengkap dengan ulam-ulaman.

Sebaik keluar dari The Lido, aku pasti sesiapa sahaja akan kenyang dan berasa puas dengan sajian yang ditawarkan.  Pada kaunter lain terdapat juga hidangan masakan Cina, Asia Tenggara, Barat, Eropah, Korea dan Jepun. Ia bagi memastikan kesemua hidangan tersebut menepati citarasa penumpang dari pelbagai negara.

Sajian makanan status halal di Restoran The Lido
Ruang makan di The Lido Restaurant

HARGA PAKEJ(Promosi)
Bermula dari RM615 seorang (bilik berempat), (Singapura – Melaka/Port Klang – Singapura).

Hubungi POTO Travel & Tours di talian 03-9200 6640 atau Whatsapp 017-487 1381 (Ezie), 016-712 5166 (Aishah), 016-338 4566 (Eleeza) untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.


Terdapat 'Halal Section'
Antara chef Melayu yang berkerja di atas Genting Dream Cruise & bertanggungjawab untuk masakan Halal di Restoran The Lido

TAMAN TEMA BERGERAK ATAS AIR

Selesai makan, kepala mula mencari apa aktiviti yang hendak dilayan sepanjang pelayaran ini. Kepala aku ligat menyemak senarai aktiviti yang sentiasa dikemaskini setiap hari. Oh, terlupa nak maklumkan, di hadapan bilik anda akan diberikan senaskhah Dream Daily setiap hari bagi mengemaskini aktiviti dan acara yang ditawarkan.

Dengan cara ini, tetamu boleh mengetahui dan rancang lebih awal sebarang aktiviti yang ingin disertai. Memang mudah dan kita tidak akan ‘lost’ kerana semua aktiviti dipaparkan dengan terperinci. Terdapat sebuah Taman Tema Genting berkonsepkan dry dan wet di atas kapal gergasi ini.

Anda boleh mencuba semua aktiviti dan hiburan atas kapal ini mengikut pakej. Terdapat kolam renang sedalam dua meter di bahagian tengah dek 16. Bagi yang berkeluarga, anak-anak kecil juga boleh mandi-manda kerana terdapat Kids Water Park berhampiran kolam renang.

Bagi yang gemar mencabar deruan adrenalin, Water-slide Park di dek 20 sentiasa menanti anda. Water-slide Park ini mempunyai lima jenis luncur air terus ke kolam renang di dek 16. Water-slide ini janganlah dipandang ringan kerana ia cukup untuk membuatkan seseorang ‘hilang nyawa’ sekejap – memang puas menjerit sepanjang gelongsor air ini.  

"Cruising does the soul good"
Kolam renang yang terletak di dek mewah The Palace
Kids water park

AKTIVITI SIHAT ATAS KAPAL

Bagi yang sukakan aktiviti sukan, dek 19 menempatkan Sportplex di mana anda boleh bermain futsal, bola keranjang dan juga mencuba aktiviti lasak seperti rock climbing. Lebih ekstrem, anda boleh memilih melalui laluan berhalangan dan kemuncaknya –  zip line yang pertama di atas kapal persiaran. Bayangkan, anda akan tergantung di tengah-tengah lautan!

Antara permainan lain di Sportplex termasuk ping pong, golf mini dan catur gergasi. Bagi anak-anak kecil, terdapat Little Dreamers Club di dek 16 untuk mereka berseronok dengan pelbagai permainan di situ serta pemantauan oleh anak-anak kapal.

Dek 18 menempatkan Sportplex, anda boleh layan rock climbing
Siap sedia sebelum aktiviti zip line atas air!
Cabar diri anda dengan aktiviti zip line dengan Genting Dream

HIBURAN LAIN

Hiburan adalah sinonim dengan Genting dan pelayaran dengan Genting Dream juga tidak terkecuali. Antara hiburan lain untuk pelanggan Genting Dream termasuk pusat arked, karaoke, Zodiac Theater, Zouk Beach Club dan Zouk Private Party Deck yang merupakan kelab malam pertama di atas laut.

Ada di antara kemudahan-kemudahan di atas kapal ini mengenakan caj tambahan, contohnya talian internet. Anda boleh menggunakan khidmat talian internet secara satelit yang disediakan.

Jangan risau kerana kesemua pembayaran di atas kapal menggunakan kad kabin. Segala pembelian dan pembayaran di atas kapal akan direkodkan ke dalam kad tersebut dan akan dijumlahkan pada hari terakhir pelayaran untuk dibayar dengan wang tunai atau kad kredit. Jadi, anda tidak perlu pening-pening nak bawa cash banyak atas kapal. 

Chess gergasi!
Zodiac Theater

SINGGAH PULAU PINANG & PHUKET (BERGANTUNG PAKEJ)

Pakej empat hari tiga malam aku bersama POTO Travel & Tours ini termasuk persinggahan ke Pulau Pinang dan Phuket.  Jadi aku sudah awal-awal pasang niat untuk perkena nasi briyani dan ayam ros di Restoran Hameediyah terletak di Campbell Street. Kemudian, aku singgah ke The Top, Penang untuk layan pemandangan waktu malam di sini.

Persinggahan seterusnya adalah di Phuket. Ia lebih singkat tapi masih memberikan ruang masa yang cukup untuk aku membeli-belah dan menikmati urutan Thai yang menyegarkan!

Pendek kata, pelayaran kapal persiaran mewah, Genting Dream bersama POTO Travel & Tours ini seharusnya menjadi panduan berguna buat pengembara di luar sana untuk mencuba pengalaman luar biasa; pengembaraan ke destinasi berbeza dari atas laut serta tawaran kemudahan serta pakej bersesuaian yang mesra pelancong Muslim.

Hot item! 4 pax left

JENIS KABIN DITAWARKAN

  • Interior Stateroom
  • Ocean View Stateroom
  • Balcony Deluxe Stateroom
  • Palace Suite
  • Palace Deluxe Suite
  • Palace Penthouse
  • Palace Villa – Eksklusif dengan servis butler peribadi, fasiliti premium dalam kabin dan dekorasi mewah.

HARGA PAKEJ (Promosi)
Bermula dari RM615 seorang (bilik berempat), (Singapura – Melaka/Port Klang – Singapura).

Hubungi POTO Travel & Tours di talian 03-9200 6640 atau Whatsapp 017-487 1381 (Ezie), 016-712 5166 (Aishah), 016-338 4566 (Eleeza) untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Tags:

2 Comments

  1. Shafierul Jeffery November 12, 2019

    Pakej tersebut termasuk makan minum dan fasiliti2 lain seperti water park???

    Reply
  2. Majalah Backpackerz November 12, 2019

    Fasiliti, makan dan minum termasuk bergantung pada pakej yang diambil. Untuk info lanjut boleh hubungi POTO Travel & Tours di talian 03-9200 6640 🙂

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!