);

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz

Penang Cadang ‘Travel Bubble’ Antara Negeri Zon Hijau Bantu Pulih Sektor Pelancongan

Share
  • Travel bubble merujuk pendekatan untuk bantu memulihkan sektor pelancongan antara negeri-negeri zon hijau.
  • Hanya dihadkan secara berperingkat dalam kawasan tarikan pelancongan di Penang.
  • Konsep itu sedang diteliti di Australia, New Zealand & Kanada untuk menjana semula rantaian ekonomi pelancongan.

Kebanyakan negara masih melarang perjalanan antarabangsa untuk mencegah penularan Covid-19. Sekatan itu termasuk penerbangan, pelancongan, business travel dan rentas sempadan negara.

Mungkin ini kali pertama kita dengar mengenai ‘travel bubble’.

Hin Bus Depot di Penang

Konsep tersebut turut dicadangkan di Australia dan New Zealand untuk memulakan semula perjalanan dan industri pelancongan.

New Zealand adalah sumber pelancong terbesar kedua ke Australia, sementara Australia adalah sumber pelancong terbesar untuk New Zealand.

Kerajaan Pulau Pinang sedang mengkaji pendekatan travel bubble antara negeri-negeri yang diisytihar zon hijau.

Foto - Free Malaysia Today (FMT)

Pada masa sama, orang ramai masih perlu mengikut standard operating procedure (SOP) dan menyesuaikan dengan normal baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Pulau Pinang Yeoh Soon Hin berkata konsep itu hanya boleh dihadkan dalam kawasan tarikan pelancongan di Penang sebelum diperluas ke negeri lain.

Pendekatan secara berperingkat dan strategi pemulihan pelancongan perlu dilakukan dalam tempoh terdekat bagi membuka semula ekonomi untuk sektor pelancongan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!