Penat Nak WFH? Apa Kata Kita 'Work From Hotel' Pula - Verst Backpackerz );

Type to search

Penat Nak WFH? Apa Kata Kita ‘Work From Hotel’ Pula

Backpackerz Insider Isu

Penat Nak WFH? Apa Kata Kita ‘Work From Hotel’ Pula

Farhana Syahirah
Share

Mesti ramai yang dah rasa tak produktif bila dah diarahkan untuk bekerja dari rumah. Bagi yang sudah ada anak, ada saja halangan walaupun sudah membuat pengurusan masa yang sesuai. Bila nak buat kerja, masa itu lah anak-anak nak meragam kan.

Yang bujang pun tak terkecuali. Mungkin tidak selesa jika ada yang tinggal di rumah sewa. Tidak pun, jika di rumah keluarga, mesti ada aktiviti di rumah yang harus disiapkan terlebih dahulu.

Kebanyakan pekerja di Selangor, KL dan Putrajaya tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menyesuaikan diri dengan bekerja dari rumah hinggalah PKPB ini berakhir dan pandemik semakin reda.

Apa kata tukarkan rutin WFH korang kepada ‘work from hotel’? Secara tak langsung, dapat juga merancakkan kembali ekonomi sektor pelancongan walaupun dalam daerah korang kan.

Sekarang ini pun, terdapat banyak iklan serta promosi hotel sekitar Selangor, KL dan Putrajaya bagi korang yang ingin ubah rutin kerja dan dapat tambahkan produktiviti korang.

Jom kita lihat senarai hotel di lokasi KL, Putrajaya dan Selangor yang menawarkan tawaran untuk ‘work from hotel’.

Royal Chulan, KL

Pulse Grande Hotel, Putrajaya

Ormond Hotels, KL

Impian KLCC Hotel

Le Quadri Hotel, KL

Grand Blue Wave, Shah Alam

DMetro Hotel, Shah Alam

MyKey Global, KL

Easy Hotel, KL Sentral

D&F Boutique Hotel – All Branches

Korang boleh dah mula ‘survey’ promosi-promosi menarik dari hotel yang berdekatan dengan carian Google, aplikasi Trivago, Booking.com ataupun Agoda. Jadi, senang sikit nak kira bajet untuk tukarkan rutin sekali sekala.

Akhir kata dari penulis, jangan lupa jaga SOP korang, jaga kesihatan dan keselamatan okay. Penulis pun rasa nak tempah satu hari untuk hotel yang nampak menarik bagi rasa produktif sikit, dalam masa yang sama, dapatlah sesi berswafoto sikit walaupun bukan ‘influencer’. Ahaks.

***P/S: senarai tawaran hotel yang dilampirkan hanyalah survey online dari penulis sendiri. Jika ingin tahu dengan lebih lanjut, korang boleh membuat carian secara terperinci menerusi website hotel-hotel terbabit. 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!