Hanya Penerbangan Kargo, Tiada Penumpang Dari India Dibenarkan Masuk Malaysia );

Type to search

Backpackerz Berita

Hanya Penerbangan Kargo, Tiada Penumpang Dari India Dibenarkan Masuk Malaysia

Avatar
Share
Penerbangan

Malaysia hanya membenarkan penerbangan kargo tanpa penumpang dari India untuk memasuki negara ini susulan terdapat varian baharu Covid-19 dari negara itu.

Menteri pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata tindakan itu selari dengan arahan kerajaan selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara, berkuatkuasa 28 April lalu.

“Hanya penerbangan kargo yang akan dibenarkan pada masa ini. Penerbangan pesawat penumpang juga kosong dan digunakan untuk membawa muatan yang kebanyakannya adalah barangan farmasi, ubat-ubatan, telefon bimbit, komponen elektrik dan bungkusan kurier,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian selepas tular di media sosial mengenai pesawat Malaysia Airlines (MAB) masuk ke negara ini dari India.

Menurutnya, pesawat MAB yang tiba dari India terbabit merupakan penerbangan kargo dan tidak membawa penumpang.

“Pelancong bukan Malaysia dari India tidak dibenarkan memasuki atau transit di Malaysia pada masa ini. Bagaimanapun, pengecualian akan dibuat untuk warganegara Malaysia yang memasuki Malaysia dari India tanpa melalui imigresen dan kastam,” katanya.

Pekerja asing yang memegang pas pekerja sementara, pekerja perniagaan dan pelajar antarabangsa dari India turut dikenakan sekatan sama berkuatkuasa 28 April

Warganegara Malaysia, keluarga mereka dan pasangan bukan warganegara yang pulang ke Malaysia dari India dibenarkan tetapi wajib menjalani kuarantin 14 hari di pusat yang ditetapkan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!