Menteri Pengangkutan: Industri Penerbangan Malaysia Perlu Tiga Tahun Untuk Pulih Dari COVID-19 - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

Menteri Pengangkutan: Industri Penerbangan Malaysia Perlu Tiga Tahun Untuk Pulih Dari COVID-19

Avatar
Share
Malaysia Airlines

Syarikat penerbangan di negara ini memerlukan masa sehingga tiga tahun untuk bangkit daripada kesan wabak COVID-19, bergantung kepada situasi wabak itu di dalam dan luar negara, menurut kementerian pengangkutan.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata pihaknya menjangkakan jumlah penumpang akan menyusut sebanyak 75.6% menjadi 26.6 juta, berbanding daripada 109.2 juta penumpang yang dicatatkan pada tahun 2019.

Beliau berkata sedemikian berdasarkan unjuran trafik penumpang untuk tahun ini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

“Dalam hal ini, syarikat penerbangan dijangka memerlukan tiga tahun untuk pulih sepenuhnya daripada kesan wabak Covid-19, tertakluk kepada penularan di dalam dan luar negara,” kata Wee dalam jawapan bertulis kepada parlimen Isnin lalu.

MAVCOM meminda semula ramalan trafik penumpang bagi tahun 2020 pada bulan Jun, dengan jangkaan pengurangan sebanyak 50.3% kepada 54.3 juta penumpang.

AirAsia
Foto - Charles Pertwee/Bloomberg

Wee menjelaskan permintaan penumpang telah menurun dari 280,321 sehari pada bulan Januari kepada 59,378 sehari pada bulan September.

Beliau menambah bahawa kementeriannya terus bekerjasama dengan kementerian pelancongan dan syarikat penerbangan bagi meningkatkan keyakinan masyarakat untuk menggunakan penerbangan bagi menghidupkan kembali sektor pelancongan domestik.

Bagi industri pelancongan antarabangsa, kementerian pengangkutan “menyambut baik usaha kerajaan untuk menerapkan konsep ‘travel bubble’ ke beberapa negara seperti Singapura, Brunei, Thailand, Vietnam, New Zealand, Australia, Korea Selatan dan Jepun”.

Industri penerbangan di Malaysia telah berdepan tamparan hebat akibat pandemik COVID-19 dengan beberapa buah syarikat pengendali penerbangan seperti Malaysia Airlines, Air Asia dan Malindo Air telah memberhentikan pekerja dan melakukan pelan penstrukturan semula.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!