Penerbangan India - Hong Kong Catat Rekod Jumlah Jangkitan Covid-19 Tertinggi Dalam Penerbangan );

Type to search

Backpackerz Berita

Penerbangan India – Hong Kong Catat Rekod Jumlah Jangkitan Covid-19 Tertinggi Dalam Penerbangan

Share
Penerbangan vistara

Sebuah penerbangan dari Hong Kong ke India mencatatkan rekod jumlah jangkitan Covid-19 tertinggi dalam sesebuah penerbangan selepas 47 orang disahkan positif.

Dua minggu selepas penerbangan India Vistara 6395 dari Delhi pada 4 April, 25 penumpang disahkan positif serta merta selepas mendarat di Hong Kong, manakala 22 penumpang lagi pada hari ke 12.

Semua penumpang yang berada di atas kapal terbang tersebut bagaimanapun telah diuji negatif 72 jam sebelum penerbangan, mengikut syarat perjalanan Hong Kong.

Rekod jangkitan penerbangan ke Hong Kong sebelum ini adalah sebanyak 26 kes, iaitu penerbangan Emirates dari Dubai pada 20 Jun lalu.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) sebelum ini telah mendakwa bahawa risiko dijangkiti Covid-19 dalam penerbangan adalah lebih kecil daripada disambar petir.

Penyelidikan yang diterbitkan oleh IATA sebelum ini menyatakan bahawa antara Januari dan Julai 2020, hanya terdapat 44 kes di mana Covid-19 telah disebarkan dalam penerbangan. Jumlah ini termasuk kes yang disahkan, kemungkinan dan berpotensi.

Pada masa yang sama, persatuan industri mengatakan bahawa 1.2 bilion penumpang telah melakukan perjalanan melalui udara dalam tempoh tersebut, yang mewakili satu dari 27 juta kemungkinan dijangkiti oleh Covid-19 dalam penerbangan – jauh lebih rendah daripada kemungkinan disambar petir.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!