Penerbangan Serendah RM39! AirAsia Tawar Tambang Istimewa Sempena Sambutan Hari Malaysia - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Penerbangan Serendah RM39! AirAsia Tawar Tambang Istimewa Sempena Sambutan Hari Malaysia

Avatar
Share
  • AirAsia mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah berganding bahu menyokong satu sama lain sewaktu pandemik Covid-19.
  • Nikmati tambang serendah RM39* sehala dari KL ke Terengganu atau RM99* sehala dari JB ke Sibu.
  • Sempena sambutan Hari Malaysia, AirAsia bakal mengendalikan penerbangan antara Kota Kinabalu dan Sibu dari 15 hingga 17 September 

AirAsia merupakan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah paling popular di Asean dan berpangkalan di Malaysia.

Penulis sendiri berasa bangga dengan kewujudan AirAsia yang saban hari menghubungkan persaudaraan antara Semenanjung dan Sabah Sarawak dengan tambang berpatutan.

Bagi meraikan semangat perpaduan yang dikecapi selama ini, AirAsia menzahirkan ucapan terima kasih buat rakyat Malaysia dengan tawaran tambang rendah! 

Dengan slogan menghubungkan persaudaraan, menerokai kecantikan destinasi tempatan serta menghargai warisan negara, tambang istimewa serendah RM39* menanti anda.

Nikmati penerbangan sehala RM39* dari Kuala Lumpur ke Terengganu atau RM99* sehala dari Johor Bahru ke Sibu.

Tawaran bermula hari ini sehingga 16 September 2020 untuk tempoh perjalanan antara 15 September 2020 dan 28 April 2021.

AirAsia juga berbesar hati untuk mengendalikan penerbangan antara Kota Kinabalu dan Sibu sempena sambutan Hari Malaysia yang diadakan di Sibu.


“Walaupun pandemik semasa telah menjejaskan pelbagai aspek dalam rutin harian kita, ia juga telah mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia.

“Sempena sambutan Hari Malaysia, kami berbangga untuk meraikan perpaduan dengan menghubungkan persaudaraan dengan tawaran tambang rendah,” Ketua Komersial AirAsia, Amanda Woo.


Semenggoh Nature Reserve - Sibu
Pemandangan Malam KL

AirAsia akan mengendalikan penerbangan antara Kota Kinabalu dan Sibu dari 15 hingga 17 September.

Selain daripada 25 penerbangan mingguan ke Sibu dari Kuala Lumpur, 35 penerbangan mingguan ke Kuching dan 7 penerbangan mingguan ke Johor Bahru.

Semua rakyat Malaysia diminta terus menjaga satu sama lain dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri di tahap tertinggi.

Langkah itu bagi memastikan keselamatan dalam perjalanan semasa norma baharu sambutan Hari Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia! 

Gold Mosque - Kuching
Taman Negara Pahang

Tempahan itu kini telah dibuka menerusi laman airasia.com atau di aplikasi mudah alih AirAsia bermula hari ini sehingga 16 September 2020.

*Tertakluk kepada terma dan syarat lain. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi AirAsia, sila layari terma & syarat ini – AirAsia Promotions Terms


Terpukau keindahan alam semula jadi di Sarawak, gadis ini kongsi pengalaman & bajet RM40 ke Empangan Bengoh, Kota Padawan – baca di sini

Jom jalan makan angin di Malaysia, banyak spot menarik anda boleh terokai.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!