Selangor Beri Pengecualian Penuh Duti Hiburan Masuk Taman Tema Hingga 31 Disember

Type to search

Backpackerz Berita

Selangor Beri Pengecualian Penuh Duti Hiburan Masuk Taman Tema Hingga 31 Disember

Share
Taman Tema Selangor Sunway Lagoon

Kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk memberi pengecualian penuh duti hiburan bagi bayaran masuk ke taman tema di negeri itu bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Disember 2021.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata penegcualian itu dibuat setelah mengambil kira bilangan taman tema di Selangor dan beban kewangan yang terpaksa dihadapi oleh pengusaha taman tema susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, pengecualian itu akan memberi impak kewangan sebanyak RM26.35 juta kepada kerajaan negeri.

Selain itu, kerajaan negeri turut bersetuju mengurangkan kadar duti hiburan daripada 25 peratus kepada lima peratus bagi bayaran masuk ke taman tema di Selangor selama lima tahun bermula 1 Jan 2022 hingga 31 Disember 2026.

“Implikasi daripada pengurangan kadar ini, kerajaan negeri Selangor dianggarkan akan kehilangan hasil sebanyak RM21.04 juta setahun untuk tempoh lima tahun tersebut,” kata Amiruddin dalam satu kenyataan.

Tambahnya, taman tema adalah antara pemain utama yang merancakkan industri pelancongan di Selangor dan dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama generasi muda melalui peluang pekerjaan.

Beliau berharap dengan kelonggaran yang diberikan ini, kelangsungan industri dan perniagaan akan lebih terjamin serta nasib para pekerja terutamanya dalam sektor pelancongan akan terbela.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!