Penginapan 5 Bintang Serendah RM120, Antara Pakej Istimewa Cuti-Cuti Malaysia Untuk Penjawat Awam - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Penginapan 5 Bintang Serendah RM120, Antara Pakej Istimewa Cuti-Cuti Malaysia Untuk Penjawat Awam

Avatar
Share
Pakej cuti penjawat awam
  • Pakej istimewa Cuti-cuti Malaysia merangkumi penginapan hotel ternama, tiket lawatan & produk pelancongan.
  • Tinjauan oleh Tourism Malaysia mendapati kira-kira 71.3 peratus responden ingin melancong dalam negara.
  • Penjawat awam boleh mendapatkan pakej istimewa dengan menggunakan pas pekerja di agensi pelancongan terpilih.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tiada siapa yang tahu dengan pasti untung atau malang nasib seseorang. 

Sempena semangat Cuti-cuti Malaysia yang kian membara, Tourism Malaysia telah melancarkan pakej istimewa khusus buat penjawat awam.

Jika bukan anda siapa lagi yang bertarung serta berjuang berbulan-bulan siang dan malam berhujan panas berkorban demi negara tercinta.

Pakej Istimewa Cuti Malaysia
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah melancarkan pakej istimewa sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia khas untuk penjawat awam di MaTIC Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Rebut peluang dan penghargaan yang diberikan atas jasa dan bakti ‘barisan hadapan’ sewaktu negara dibelenggu pandemik Covid-19.

Pakej istimewa Cuti-cuti Malaysia adalah inisiatif jangka masa pendek untuk meningkatkan usaha promosi pelancongan domestik.

Benar, kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) namun penjawat awam digalak mengambil peluang ini sehingga 30 September 2020.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata di samping menikmati keindahan semula jadi, penjawat awam mampu menyumbang ke arah membangunkan sektor pelancongan negara.

Pakej Istimewa Cuti Malaysia
Layari laman sesawang Malaysia Truly Asia
Pakej cuti penjawat awam
Hotel 5 & 4 bintang, penginapan serta tarikan keluarga

Percutian Penginapan & Pakej Menarik

Sebanyak 11 agensi pelancongan mengambil bahagian mempromosikan pakej percutian istimewa Cuti-cuti Malaysia buat penjawat awam. 

Antara pakej istimewa yang ditawarkan adalah percutian 2 hari 1 malam dan 3 hari 2 malam melibatkan hotel bertaraf 5 dan 4 bintang.

Ia melibatkan hotel ternama sekitar Lembah Klang dan Genting Highlands dengan tawaran harga RM120 dan diskaun sehingga 30 peratus untuk pembelian tiket.

Pengunjung berpeluang untuk mendapatkan tiket lawatan sekitar Kuala Lumpur dengan menaiki bas Hop On Hop Off secara percuma tetapi terhad kepada 5 ribu tiket sahaja.

Lebih menarik, penjawat awam yang melancong dengan pakej istimewa diberikan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan domestik.

Pelepasan cukai itu sehingga 31 Disember 2021 susulan pengumuman pakej rangsangan PENJANA.

  • Tempoh tempahan pakej – sekarang sehingga 30 September 2020
  • Tempoh sah lawatan – sekarang sehingga 31 Disember 2020
Pakej cuti penjawat awam
Pakej cuti penjawat awam telah dibangunkan bersama agensi pelancongan, hotel & operator pelancongan
Pakej cuti penjawat awam
Antara pakej istimewa Cuti-cuti Malaysia

Terima kasih Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Sektor Awam dan Tourism Malaysia atas kerjasama ini.

Untuk maklumat lanjut berkaitan pakej istimewa Cuti-Cuti Malaysia, sila layari laman sesawang Tourism Malaysia – www.malaysia.travel


Hounon Ridge Bundu Tuhan, Destinasi ‘Tersembunyi’ Disebalik Populariti Kundasang – baca di sini

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!