Penginapan Murah di Jepun! Hotel Ini Tawar Bilik Serendah RM4.95 Semalam Tetapi Ada Peraturan Pelik Korang Perlu Setuju - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Stay In Tips

Penginapan Murah di Jepun! Hotel Ini Tawar Bilik Serendah RM4.95 Semalam Tetapi Ada Peraturan Pelik Korang Perlu Setuju

Share
  • Jepun baru sahaja melabuhkan tirainya selaku tuan rumah kejohanan Rugby World Cup 2019. Tahniah diucapkan kepada pasukan South Africa.
  • Pada masa yang sama, kedai serbaneka dan rangkaian restoran kasual telah meningkatkan kualiti serta menawarkan variasi jenis makanan.
  • Pas kereta api dari satu-satu lokasi atau stesen jauh lebih murah daripada kebiasaan.

Kembara ke Jepun atau lebih sinonim dipanggil Nihon (Nippon) yang bermaksud ‘Tanah Matahari Terbit’ boleh menjadi mudah dan murah sekiranya merancang lebih awal. 

Tidak dinafikan, kos penginapan khususnya di hotel-hotel sekitar bandar semakin mahal disebabkan kemasukan secara berterusan pelancong luar ke Jepun. Menariknya di sini adalah tawaran sebuah penginapan di Fukuoka, Jepun yang menawarkan pengalaman cukup ‘unik’ dengan harga cukup murah iaitu 130 yen (RM4.95) untuk satu malam setiap hari. Wow! 

Terletak di Fukuoka City, Business Ryokan Asahi

Business Ryokan Asahi terletak hanya 15 minit berjalan kaki dari kejiranan Tenjin, kawasan membeli-belah dan hiburan utama di bandar Fukuoka. Kadar 130 yen untuk satu malam itu boleh didapati pada hari biasa, Jumaat dan hujung minggu. No extra charge bro!

Dengar memang menarik dan murah, CUMA, jika korang bersetuju nak bermalam di Business Ryokan Asahi ini, korang juga perlu membenarkan pihak hotel membuat “live-stream” semasa korang menginap untuk saluran YouTube mereka iaitu One Dollar Hotel.

Ruang lobi hotel
Front desk hotel yang cukup ringkas
Bilik 130 Yen, bulatan merah adalah rakaman live-stream YouTube

Pelik tapi benar. Sambil korang bermalam, tidur dan sebagainya, pengguna di YouTube berpeluang melihat apa yang korang buat dalam bilik tersebut.

Untuk pengesahan, korang tak perlu jadi YouTuber terkenal, instafamous ataupun selebriti, sesiapa sahaja boleh menginap di situ. Peraturan mudah, hanya tukar privasi korang untuk bilik hotel yang murah. Jadi ada sesiapa yang berminat?

Sebelum korang daftar masuk, petugas kaunter akan menyerahkan kunci bilik dan mengingatkan bahawa kamera di dalam bilik akan sentiasa live-stream. Mereka juga meninggalkan pesanan kepada tetamu untuk mengelakkan daripada tidak berpakaian atau sebagainya.

Penginapan murah Jepun & selesa di Business Ryokan Asahi

Antara fasiliti yang disediakan adalah bilik tamu gaya Jepun, dengan lantai tatami buluh, meja rendah, TV, cerek air panas dan toto alas tidur. Kalau korang nak penghawa dingin, masukkan duit syiling 100 Yen untuk dua jam (kos tambahan).

Selain itu, seperti di “Inexpensive Ryokan” (penginapan murah Jepun), tidak disediakan tandas di dalam bilik, semua dekat luar. Tak perlu risau, kawasan tandas atau mandi out of the video broadcast area guys!

Wartawan SoreNews24 tidak melepaskan peluang untuk menginap di sini
Ruang antara bilik-bilik yang ditawarkan
Tandas di luar. Out of broadcast area, jangan risau

Strategi pemasaran ‘pelik’ hotel ini adalah untuk mengelakkan kerugian kerana jenis bilik tersebut jarang disewa oleh pelancong mahupun pengunjung. Jadi, ia ditawarkan dengan harga yang sangat sangat murah!

Korang boleh tonton video live-stream tersebut di YouTube One Dollar Hotel. Persoalannya, sanggupkah korang ‘menggadaikan’ privasi demi kos hotel yang murah?

Kalau penulis jika tiada pilihan dan inginkan kelainan, redah sahaja. Just buat tempat tidur semata-mata, nama pun pergi travel, takkan nak terperap dalam bilik je. Part tukar baju, pakaian dan bersiap boleh pergi kawasan tandas luar.

Korang boleh hubungi hotel tersebut dan terus minta “Hyakusanjuen no heya, atau I want 130 Yen room please“.


Sumber: SoraNews24
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!