Penulis Kembara ini Hasilkan Semula 50 Gambar Travel Guna Peralatan Dalam Rumah Kerana Tak Dapat Melancong - Verst Adventure );

Type to search

Adventure Backpackerz

Penulis Kembara ini Hasilkan Semula 50 Gambar Travel Guna Peralatan Dalam Rumah Kerana Tak Dapat Melancong

Avatar
Share

Tahun 2020 bukanlah tahun yang menggembirakan buat para pengembara. Pandemik Covid-19 membuatkan semua terpaksa membatalkan sahaja hasrat mereka untuk pergi bercuti. 

Buat penulis kembara sambilan yang berasal dari Afrika Selatan, Sharon Waugh, dia cuba mempositifkan diri dengan membuat beberapa perkara melucukan walaupun hampir setiap hari hanya tersadai di rumah. 

Dia mencipta semula foto-foto travel yang cliche, samada berdasarkan pengalaman percutiannya sendiri ataupun sumber foto daripada instagram. Menarikya, dia hanya menggunakan peralatan yang ada di dalam rumahnya untuk menghasilkan foto-foto menarik dan melucukan tersebut. 

Antaranya, dia menggunakan kertas tisu tandas untuk “mencipta semula” Taj Mahal di India. 

Penulis Kembara

Sebagai seorang Penulis Kembara, Sharon telah menjelajah ke 57 buah negara dan menghabiskan masa lima tahun bekerja di dalam industri pelayaran (cruise) di mana ketika dia mula-mula melancarkan blog kembaranya bertajuk “The Sharonicles.”

Penulis Kembara

“Saya sukakan kombinasi melancong sambil membuatkan orang ramai terhibur, dan saya cuba mencari jalan untuk terus melakukan kedua-duanya.”

Penulis Kembara

“Saya akan terus melakukannya, sehinggalah saya dapat melancong semula,” tambah Sharon yang sudah mereka hampir 50 keping foto setakat hari ini.

“Saya rasa ramai rindukan keseronokkan ketika melancong. Saya harap, dengan melihat foto-foto yang saya hasilkan dapat membuatkan mereka tersenyum sementara menantikan keadaan kembali reda,” ujar Sharon mengakhiri perbualan. 

Penulis Kembara

Penulis Kembara

Tak puas tengok gambar-gambar Penulis Kembara ini, baca pula tentang situasi perjalanan ke luar negara selepas pandemik reda, di https://verst.com.my/backpackerz/kebenaran-melancong-ke-luar-negara/

Sumber: https://www.instagram.com/thesharonicles/

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!