Penumpang Lontar 6 Syiling Dalam Enjin Untuk 'Nasib Baik', Penerbangan Terpaksa Ditangguhkan Satu Hari

Type to search

Backpackerz Berita

Penumpang Lontar 6 Syiling Dalam Enjin Untuk ‘Nasib Baik’, Penerbangan Terpaksa Ditangguhkan Satu Hari

Share
Penumpang balin syiling

Anggota keselamatan sebuah syarikat penerbangan China, GX Airlines menemui 6 keping syiling di atas atas jalan berhampiran enjin pesawatnya yang sedang bersiap untuk terbang dari Weifang ke Haikou.

Seorang penumpang yang dikenali sebagai Wang mengaku bahawa dia melemparkan 6 keping syiling ke bahagian enjin untuk ‘nasib baik’.

Penerbangan tersebut kemudiannya terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan dengan semua 148 penumpang terpaksa menunggu sehingga hari berikutnya untuk terbang ke Haikou.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 16 April lalu dan Wang kemudiannya ditahan oleh pihak polis.

Penumpang balin syiling

Namun ini bukanlah kejadian pertama seperti ini kerana sudah terdapat beberapa kejadian sama melibatkan syiling turut berlaku beberapa kali juga di China.

Pada tahun 2019, seorang penumpang Lucky Air bernama Lu mengaku melontar dua keping syiling ke dalam enjin untuk ‘nasib baik’.

Lucky Air mendakwa bahawa insiden itu menyebabkan kerugian sebanyak US$20,000 (RM82,000) dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Lu.

Pada bulan Jun 2017, seorang wanita berusia 80 tahun ditahan oleh polis atas sebab sama Shanghai Pudong International Airport, menyebabkan 150 orang penumpang terpkasa dikosongkan daripada pesawat berkenaan.

Pada bulan Oktober 2017 pula, seorang wanita berusia 76 tahun juga ditahan atas sebab sama.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!