Penunggang Roller Coaster Taman Tema di Jepun Diminta ‘Menjerit Secara Senyap’ - Verst );

Type to search

Backpackerz Pilihan Backpackerz Taman Tema

Penunggang Roller Coaster Taman Tema di Jepun Diminta ‘Menjerit Secara Senyap’

Share
  • Taman Tema Greenland di Kumamoto menyediakan pelitup muka ‘menjerit’ kepada pengunjung.
  • Pengunjung yang menunggang roller-coaster tidak dibenarkan menjerit bagi mengelak penyebaran COVID-19 menerusi serpihan air liur.
  • Tokyo mengumumkan restoran, bar & pusat karaoke ditutup pada jam 10 malam bermula 3 Ogos sehingga hujung bulan susulan peningkatan kes.

Tokyo Disneyland dan taman hiburan Jepun yang lain telah mencuit hati netizen di seluruh dunia dengan permintaan pelik sebelum ini.

Pengunjung taman tema diminta untuk menahan diri daripada menjerit ketika menunggang tarikan seperti roller-coaster dan sebagainya.

Bagaimanapun saranan itu tidak menerima sambutan yang baik dalam kalangan pengunjung. Antara reaksinya, “Mana mungkin naik roller-coaster tapi tidak menjerit”.

Mitsui Greenland theme park, Japan

Demi menghentikan penularan pandemik yang berpotensi, pengunjung hanya dibenarkan menjerit di dalam hati sahaja ketika tunggangan.

Kini, taman tema di Jepun menawarkan pula pelitup muka istimewa kepada pengunjung supaya mereka boleh ‘menjerit’ dengan senyap.

Menurut laporan SoraNews24, salah satu taman terbesar di pulau Kyushu, Mitsui Greenland, Kumamoto memberikan screaming mask sticker untuk bantu anda menikmati tarikan sepenuhnya tanpa ragu-ragu.

Pelitup muka itu direka dengan tujuan agar kelihatan si pemakainya seolah sedang menjerit. Pengunjung boleh memilih salah satu daripada lima screaming mask di pintu masuk sebelum menikmati tarikan. 

Lima rekaan pelekat pelitup muka

Sebelum ini, sebuah taman tema di Jepun meminta pengunjung menjerit di dalam hati ketika menaiki roller-coaster bagi mengekang penularan wabak. – baca di sini.

Setakat Isnin (3 Ogos), wilayah Okinawa telah diisytihar darurat negeri selepas merekodkan 71 kes baharu COVID-10 sejak Sabtu. Jepun mencatatkan 36,689 kes positif jangkitan dengan 1,011 kes kematian.


Nak dapat feeling bagaimana main roller-coaster tapi menjerit dalam hati? Layan video di bawah;

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!