Penutupan 11 Kawasan Ekopelancongan Di Semenanjung Malaysia
Share

- Kes jangkitan baharu Covid-19 paling tertinggi setakat semalam mencecah 432.
- Kedah, Sabah & Selangor antara negeri dengan bilangan kes tertinggi sejak 5 Oktober lalu.
- Penutupan sementara kesemua kemudahan awam kelolaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bermula hari ini (6 Oktober).
Sektor pelancongan tempatan khususnya tarikan eko dan taman negara menjadi antara lokasi tumpuan pengunjung yang rindu udara segar daripada alam semula jadi.
Pelbagai pihak termasuk orang ramai mengambil peluang merancang bercuti untuk menerokai khazanah dan tarikan alam secara menyeluruh.
Selepas hampir tiga bulan tidak dapat beroperasi susulan pandemik, rata-rata penggiat, pengusaha dan ejen berkaitan terpaksa mencari alternatif lain.
Kini banyak destinasi pelancongan membuat promosi hebat secara menyeluruh selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Namun, keseronokan yang diberikan nampaknya tidak berkekalan. Bak kata pepatah lama, tanam padi lalang yang tumbuh.
Baru sahaja berpenat lelah membuat sesuatu untuk mendapatkan keuntungan, akhirnya tidak mendapat apa-apa pun.
Gelombang Ketiga
Sebagai langkah mencegah penularan wabak, Jabatan Perhilitan memaklumkan bahawa kesemua fasiliti awam di bawah jabatan ini ditutup sementara kepada pengunjung.
Penutupan kesemua kemudahan dan tarikan awam berkuatkuasa 6 Oktober 2020 (hari ini) sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.
Langkah drastik ini diambil bagi mengekang penularan gelombang ketiga pandemik Covid-19.
Selain itu, semua Pusat Konservasi Hidupan Liar dan Pusat Menyelamat Hidupan Liar turut mengambil pendekatan untuk tutup sementara waktu.
Orang ramai boleh menghubungi Talian Aduan Hotline Perhilitan di 1-800-88-5151 setiap hari dari 8 pagi hingga 6 petang.



Pada masa sama, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) memaklumkan penutupan sementara Taman Botani Kepong dan tarikan Forest Skywalk bermula 5 Oktober lalu.
Disebalik pintu sempadan negara belum dbuka, pelancong domestik mengharapkan destinasi dan lokasi Zon Hijau untuk menjadi sasaran bercuti.
Cuma, sedikit kealpaan telah mengundang padah. Semua pihak perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Berikut senarai penutupan kawasan ekopelancongan dan pusat konservasi Perhilitan kepada pengunjung;
- Paya Indah Wetlands, Selangor
- Taman Negara Kelantan Kuala Koh
- Taman Negara Pulau Pinang
- Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang
- Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Merapoh
- Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong
- Tapak RAMSAR Tasek Bera
- Pusat Konservasi Hidupan Liar
- Pusat Menyelamat Hidupan Liar
- Taman Negara Pahang, Kuala Tahan
- Pusat Pendidikan Biodiversiti

Sekiranya anda terlepas, itinerari percutian ke Terengganu dengan bajet RM360 sahaja – baca di sini