Perkampungan Di Austria Ini Menukar Nama Selepas Kerap Dipermainkan - Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Isu

Perkampungan Di Austria Ini Menukar Nama Selepas Kerap Dipermainkan

Avatar
Share

Kampung bernama Fu**ing di Austria sering menjadi bahan jenaka baik menerusi gambar ataupun video dari pengunjung. Terletak kira-kira 35 kilometer di utara Salzburg, kebelakangan ini populariti kampung meningkat dengan pelancong yang berkunjung ke sana untuk mengambil gambar tanda lucu.

Tingkah laku antisosial dan juga kes kecurian telah menjadi satu masalah, dan sekarang, perkampungan Fu**ing memutuskan untuk menukar namanya secara rasmi. Perkampungan ini mempunyai populasi sekitar 100 orang, dan telah menarik pelancong dari seluruh dunia menerusi namanya yang unik, yang dieja dengan cara yang sama dengan kata hinaan dalam bahasa Inggeris.

Menurut maklumat tempatan, kampung ini telah wujud di bawah moniker sejak tahun 1070, dan dinamakan sempena seorang lelaki dari abad keenam yang dipanggil Focko. Mungkin ada yang gembira dengan nama ini, tetapi ia sebenarnya menimbulkan masalah dimana menerusi laporan media menyatakan bahawa papan tanda kampung telah dicuri berkali-kali, sehingga konkrit khas terpaksa dipasang. Satu pungutan suara diadakan untuk menukar nama bandar, tetapi penduduk memutuskan untuk menentangnya.

Seperti yang dilaporkan oleh The Guardian, satu notis yang diterbitkan dari mesyuarat dewan perbandaran baru-baru ini menunjukkan kampung tersebut telah memilih untuk menukar namanya menjadi Fugging berkuatkuasa 1 Januari 2021.

Perkampungan

Dalam laporan Oberösterreichische Nachrichten (OOeN), kawasan perbandaran yang menguruskan Fu ** ing, Andrea Holzner, mengesahkan bahawa penduduk kampung sudah mengambil keputusan untuk menukar nama lama kampung mereka.

Sumber
Tags:
Avatar
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!