);

Type to search

Backpackerz Itinerari Kampung Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Visit Malaysia 2020

Perkena Nasi Ambeng ‘Ori’ & Menginap di Rumah Rakit, Ini 7 Itinerari Menarik Boleh Dilakukan di Sepang

Share
  • Hutan Simpan Sepang Kechil terletak di kawasan persisiran Pantai Bagan Lalang.
  • Sepang bersedia dengan pelbagai lokasi agro & eko pelancongan menarik untuk dilawati pelancong domestik mahupun antarabangsa.
  • Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menyasarkan 5 juta pelancong ke daerah ini menjelang Tahun Melawat Sepang 2020

Sepang telah diangkat sebagai destinasi pelancongan pilihan oleh Tourism Selangor – Visit Sepang 2020, Lets Go to Sepang.

Dengan tema “Sepang Gerbang Negara,” kewujudan KLIA dan KLIA2 telah melengkapkan slogan tersebut kerana ia merupakan pintu masuk utama bagi pelancong luar dan juga dalam negara.

'Gerbang Negara'

Kunjungan ke Sepang tidak perlu tempoh yang panjang, dua hari satu malam sudah memadai untuk meneroka tujuh tempat menarik pilihan BackPackerz.

Let’s roll! Jadi, mari kita cari masa sesuai untuk bercuti di sini. Tahun Melawat Malaysia 2020.

Rumah Rakit Bagan Lalang

1- Agro Chips, Sepang

Terletak di Lot 815, Jalan Mempelam, Kampung Bukit Bangkong, Agro Chips ini merupakan pengeluar kerepek ubi yang terbesar di Malaysia. Syarikat Jamirah Food Industries (M) Sdn Bhd (JFISB) telah diusahakan oleh Jamirah Othman, 60 dan suaminya, Amat Termizi Dollah Kusni, 62.

Pada asalnya perniagaan ini hanyalah diusahakan kecil-kecilan pada tahun 1990-an dan pelanggannya hanyalah penduduk kampong sahaja.

Namun, kerepek yang dihasilkan semakin terkenal sehinggakan ada pemborong yang berminat untuk memasarkannya. Kini, kerepek tersebut telah ‘terbang’ sehingga ke Taiwan dan China. Agro Chips berhasrat menjadikan kerepak keluaran mereka sebagai snek antarabangsa.

Agro Chips, Sepang

2- Ladang Buah Naga, Sepang

Dimiliki oleh Daniel Lee Chee Wei, 40 tahun, perniagaan buah naga ini diusahakan sekitar tahun 20015.

Kini, dia mempunyai 30 hektar ladang buah naga dan mempunyai 400 pokok per hektar. Ia telah menghasilkan sebanyak 15,000 kilogram untuk sebulan.

Keistimewaan ladang ini adalah mempunyai kafe di mana semua menu mereka berasaskan buah naga dari ladang sendiri.

Antara menunya adalah jus buah naga, kentang lenyek bersama sos buah naga dan salad buah naga. Selain itu, para pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman memetik tanaman di sini.

Dragon fruit
Pengalaman petik buah naga

3- Nasi Ambeng

Nasi Ambeng merupakan campuran daripada pelbagai lauk seperti mi goreng, ayam masak ungkep, serunding, ikan masin dan sambal goreng serta dihidangkan dalam talam.

Ia merupakan makanan tradisi masyarakat Jawa tengah dan menjadi makanan wajib untuk kenduri tahlil atau kesyukuran sekitar Selangor.

Kebiasaannya, satu talam dibahagikan kepada empat orang dan dimakan bersama-sama.

Nasi ini dikatakan simbol kepada kesepakatan, perpaduan dan sifat tolak-ansur antara penduduk kampung, masyarakat mahupun keluarga.

Nasi Ambeng. Foto - Akademi Insan Prihatin

4- Sungai Sepang Besar, Sepang

Para pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri keindahan paya bakau yang terletak di Hutan Simpan Sepang Kechil sambil menyusuri Sungai Sepang.  

Jangan lepaskan peluang melihat aktiviti nelayan tradisional dan merasai pengalaman memberi makanan kepada haiwan liar.

Selain itu, mereka juga akan dibawa ke persinggahan rumah rakit dan bergambar di Pantai Pasir Putih yang juga muara untuk sungai tersebut.

Persisiran Sungai Sepang
Hutan paya bakau
Aktiviti memancing atas rumah rakit Bagan Lalang

5- Homestay Banghuris

Nama Banghuris merupakan wakil kepada tiga kampung iaitu Kampung Bukit Bangkong, Kampung Hulu Chuchuh, dan Kampung Hulu Teris.

Dengan populasi lebih dari 3,000 orang, ia menawarkan suasana kehidupan masyarakat setempat kepada pengunjung luar.  

Pelbagai aktiviti yang ditawarkan seperti memancing di kolam ikan, bermain permainan tradisional, melawat tanaman pokok kelapa sawit dan banyak lagi.

Setiap homestay ini mempunyai keistimewaan tersendiri, namun terdapat persamaan iaitu suasana kekeluargaan yang mesra diantara tetamu dan tuan rumah.

Penulis teringat zaman sekolah dahulu pernah sertai program anak angkat semasa menginap di homestay.

Homestay Bangharis

6- Bagan Lalang

Lokasi yang indah untuk menikmati matahari terbenam yang menakjubkan. Bagan Lalang adalah destinasi ideal dan popular untuk aktiviti pantai serta perkelahan bersama keluarga.

Menjelang malam, kawasan sekitarnya bertukar menjadi ‘port’ makan yang mana restoran dan gerai sibuk menyediakan hidangan laut.

Matahari terbenam di pantai Bagan Lalang
Pantai Bagai Lalang

7- Avani Sepang Goldcoast Resort

Terletak di Pantai Bagan Lalang, resort ini menjadi tarikan kerana reka bentuknya yang unik serta lokasi yang jauh dari kesibukan bandar.

Selain itu, Avani Sepang Goldcoast Resort menawarkan bilik penginapan di atas air dan susunan bilik-bilik di sini seolah sebatang pokok kelapa sawit.

Resort ini menjadi pilihan warga kota percutian hujung minggu bersama keluarga mahupun kenalan. Avani Sepang turut popular sebagai lokasi ‘bachelor party’.

Avani Sepang Goldcoast Resort
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!