Perlu Tempah Slot & Berenang Sehala, Pantai Popular di Perancis Dibuka Kepada Pengunjung Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz

Perlu Tempah Slot & Berenang Sehala, Pantai Popular di Perancis Dibuka Kepada Pengunjung

Share
  • Ibu kota wilayah Occitanie adalah Toulouse, terletak di barat daya Perancis.
  • La Grande-Motte merupakan salah satu zon hijau & pantainya terkenal untuk aktiviti berjemur.
  • Perancis mencapai rekod baharu kemasukan pelancong pada tahun 2018 walaupun berdepan minggu protes ‘yellow vest’.

Bila sebut Perancis, lokasi sinonim buat pelancong semestinya Menara Eiffel, kafe Louvre dan kota fesyen Paris.

Perancis merupakan most visited country in the world dengan 90 juta pelancong mengunjunginya pada tahun 2019. Manakala Paris sahaja menyumbang hampir 30 juta pengunjung tahun lalu.

Menawarkan pelbagai pemandangan dan tarikan seni bina yang luar biasa, wilayah Occitanie sarat dengan keajaiban semula jadi, struktur warisan dan gastronomi.

Ariège Pyrenees Regional Nature Park
Anduze - Bridge spanning River Gardon & houses of the town; in the Cévennes

Sebuah pantai popular di Perancis telah mengeluarkan garis panduan khas bagi membenarkan rakyat mereka bercuti dan berjemur semasa percutian musim panas.

Ketika negara itu masih bergelut dengan krisis Covid-19, sekatan pada sektor pelancongan mula dilonggarkan.

Pantai di La Grande-Motte cukup terkenal untuk aktiviti berjemur, namun orang ramai diwajibkan berada dalam zon masing-masing.

Zon & penjarakan sosial. Foto Getty Images Europe
Ada CCTV. Foto Getty Images Europe

Zon atau slot individu itu dipisahkan oleh tali bagi memastikan social distancing dan pengunjung boleh menempah slot selama tiga jam.

Hanya 66 lokasi yang ditandakan dan kesemuanya telah habis ditempah dalam tempoh dua jam sahaja selepas tawaran dibuka.

Terdapat dua slot untuk pengunjung berjemur dan mandi di pantai itu antara jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari atau 2 petang hingga 5.30 petang.

Berenang dibenarkan tetapi sistem sehala telah disediakan bagi minimumkan kontak antara pengunjung. Zon untuk berkumpulan ada namun hanya dibenarkan dua, empat dan enam orang sahaja.

Haiwan peliharaan tidak dibenarkan, dilarang merokok di kawasan pantai dan pengunjung hanya dibenarkan mendengar muzik melalui headphones sendiri.

Sistem itu masih dalam tempoh percubaan dan akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga 2 Jun, sebelum dikaji semula untuk melihat kesannya.

Konsep berjemur dan penjarakan sosial di pantai Perancis ini diilhamkan dari Sepanyol setelah idea itu diperkenalkan di sana.

Sumber: Metro.co.uk

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!