Persidangan Pelancongan Dunia 2019: Malaysia Destinasi Ekopelancongan Pilihan - Tun Mahathir Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz

Persidangan Pelancongan Dunia 2019: Malaysia Destinasi Ekopelancongan Pilihan – Tun Mahathir

Share
  • Persidangan Pelancongan Dunia 2019 telah berlangsung mulai hari ini sehingga 27 Ogos bertempat di Shangri-La, Kuala Lumpur.
  • World Tourism Conference 2019 (WTC) dihoskan bersama oleh MOTAC dan UNWTO. Persidangan tersebut mengetengahkan tema “Beyond Tourism Beyond Expectations“.
  • Menerusi Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030, Malaysia kini sedang melaksanakan konsep digitalisasi menyeluruh untuk mengubah industri pelancongan negara ke arah inisiatif pelancongan pintar.

Berdepan cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), Malaysia sedang bergerak ke arah teknologi digital dalam industri pembangunan pelancongan. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, menerusi kerangkuman spektrum digitalisasi, ia dapat menyediakan keperluan buat para penggiat pelancongan ke peringkat antarabangsa selain meluaskan perniagaan serta memendekkan tempoh rantaian bekalan. 

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada World Tourism Conference 2019’ di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Foto - Twitter Tourism Malaysia

“Ekosistem pelaburan baru adalah penting untuk persekitaran yang kondusif bagi membolehkan industri pelancongan berteraskan teknologi memacu ke hadapan menjelang 2020-2030,” jelas Tun Dr Mahathir Mohamad pada perasmian Persidangan Pelancongan Sedunia 2019 yang berlangsung di Kuala Lumpur.


Perdana Menteri Malaysia bergambar bersama delegasi dunia selepas perasmian WTC 2019. Foto - Twitter Tourism Malaysia

Dalam pada itu, industri pelancongan juga harus menjadi pemangkin kepada perlindungan alam sekitar, pemuliharaan serta pelestarian budaya dan warisan tempatan.

Melalui pembangunan ekopelancongan yang mampan, kekayaan sektor pelancongan ini pasti berkembang pesat hingga dimanfaatkan kepada komuniti terpencil yang menawarkan pengalaman unik kepada pelancong dalam mahupun luar negara.

Taman Rekreasi Gua Kelam, Perlis

Tambah Dr Mahathir, kerajaan sedang membangunkan destinasi ekopelancongan berasaskan kelompok dengan tawaran pakej konsesi istimewa yang menyenaraikan penggunaan teknologi serta pengurusan eko pintar destinasi melalui Rancangan Ekopelancongan Kebangsaan 2016-2025. Ini meletakkan Malaysia sebagai destinasi ecotourism pilihan di dunia.

Malaysia memiliki hutan hujan berusia lebih 130 juta tahun, pantai, pulau, keindahan semula jadi yang mengagumkan, taman negara dan kepelbagaian rakyatnya.

Sumber: Harian Metro & Astro Awani
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!