Phuket Pulau Syurga Bagi Para Pelancong );

Type to search

Asia Backpackerz

Phuket Pulau Syurga Bagi Para Pelancong

Avatar
Share
mansuh

Phuket antara pulau yang terbesar dan menjadi tarikan para pelancong di Thailand.

Ia juga sering menjadi lokasi penggambaran filem-filem antarabangsa dan tempatan kerana kecantikkan dan keunikkannya.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Terdapat beberapa lokasi yang boleh anda pergi apabila berada di Phuket antaranya:

1. Kata Noi Beach

Pantai ini merupakan sebuah pantai yang mempunyai pasir halus yang menarik dan menggoda.

Air lautnya juga sangat jernih dan mempersonakan bagi mereka yang suka akan kedamaian dan ketenangan.

aerial view of city near body of water during daytime

Lokasinya juga sedikit tersorok dan berjauhan dengan kesibukkan pusat bandar sehingga ia menjadi tumpuan mereka yang inginkan suasanan santai.

Antara waktu dan masa yang sesuai untuk anda melawat Kata Noi Beach adalah pada bulan Disember hingga April kerana air lautnya berada dalam keadaan tenang.

2. Phuket Walking Street

Terletak di Thalang Road, Phuket Walking Street membawa anda pengalaman berada di pasar jalanan yang riuh dan menarik.

Ia bermula pada tahun 2013 dan terletak di loasi tenga-tengah bandaraya yang dipenuhi dengan sejarah reka bentuk Sino-Portugis.

Pasar ini menyediakan gerai-gerai yang menjual pelbagai kraftangan kreatif, kedai mainan serta butik pakaian.

Makanan yang dijual juga sangat banyak dan pasti membuat perut dan tekak “asia” anda tergoda.

(Sumber: Phuket Walking Street Facebook)

3. Prompthep Cape Viewpoint

Prompthep Cape Viewpoint sangat terkenal bagi mereka yang sukakan pemandangan yang cantik dan ingin bergambar.

Keindahan landskapnya sangat menarik dan memukau mata para pelancong namun jika anda ingin ke puncaknya anda perlu berjalan kak selama 30 minit.

Disitu juga terdapat beberapa kedai cendermata dan kemudahan awam.

https://www.youtube.com/watch?v=K3W5TszU0Fg

(Sumber: Deana and Phil)

4. Teluk Phang Nga

Teluk ini mempunyai panjang yang berukuran 400 km dan menjadi salah satu kawasan teluk tercantik dan indah di bumi Thailand malah ia juga termasuk dalam The Guinness Book of Records.

Ia terketak di antara pulau Phuket dan Semenanjung Malaysia.

Aktivit yang anda boleh lakukan di sana ialah berkayak dan perkhemahan.

Teluk Phang Nga juga memberi anda sebuah fenomena habitat fauna yang terdapat lebih daripada 200 spesies di sana.

Teluk Phang Nga, Tebing Kapur, Alam

5. Wat Chalong

Wat Chalong merupakan bangunan yang bersejarah di Thailand dan ia sering menjadi tumpuan para pelancong.

Ia dikatakan sebagai tempat penyembahan Buddha yang paling penting di sana dan ia didirikan pada tahun 1837.

Struktur bangunannya mempunyai warna keemasan dan apa yang menjadi perhatian orang ialah Chedi yang berketinggian 60 meter.

brown concrete building under blue sky during daytime

Bangunan tersebut juga dikatakan telah menjadi tempat penyimpanan sebahagian tulang Buddha yang datang dari Sri Lanka pada tahun 1999.

Kepada mereka yang menyukai sejarah negara bolehlah kunjungi Wat Chalong bagi menambahkan lagi pengetahuan anda.

Anda semua bolehlah melawat Phuket jika ingin meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan di samping mengambil angin.

Sumber: Mai Singgah

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!