Pramugari Ini Dedahkan Bahagian Paling Kotor & Jijik Dalam Kapal Terbang - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider

Pramugari Ini Dedahkan Bahagian Paling Kotor & Jijik Dalam Kapal Terbang

Avatar
Share

Seorang pramugari telah melakukan pendedahan mengenai bahagian atau kawasan paling kotor di dalam kapal terbang dan bagaimana anda boleh menghindarinya dalam sebuah video TikTok yang tular.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Kat Kamalani, 30, berkongsi kepada netizen mengenai perkara berkenaan melalui akaunnya, @katkamalani.

Dalam video yang bertajuk “The Nastiest Parts On A Plane From A Flight Attendant” itu, Kat mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menyentuh kawasan-kawasan tertentu di dalam kapal terbang.

Ini kerana, kawasan-kawasan yang disenaraikan itu sama ada tidak dibersihkan atau tidak disanitasi langsung.

Berikut adalah kawasan-kawasan yang disenaraikan oleh Kat:

  • Poket belakang kerusi – Ianya dibersihkan setiap penerbangan tetapi tidak disanitasi
  • Meja belakang kerusi – Kat menyarankan supaya mensanitasi dahulu sebelum menggunakan meja belakang kerusi kerana dia berulang kali melihat ibu bapa menggunakannya untuk menukar lampin anak.
  • Saluran aircond – Menurut Kat, saluran penyaman udara adalah antara kawasan yang sering disentuh oleh penumpang, dan menggalakkan orang ramai untuk mengelap sebelum menyentuhnya.
  • Risalah panduan keselamatan – Ini juga antara objek yang sering disentuh oleh penumpang yang tidak disanitasi.
  • Pengancing tali pinggang keledar – Ini juga merupakan objek yang sering disentuh oleh penumpang dan digalakkan untuk dibersihkan sebelum memegangnya.
  • Kunci pintu tandas – Kat menyarankan supaya menggunakan tisu untuk memegang kunci pintu tandas.
[Sumber: Kat Kamalani]
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!