Pulau Kapas Kembali Sesak Tapi 'Mat Saleh' Ini Bagi Teguran 'Deep' Buat Pelancong Tempatan Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips

Pulau Kapas Kembali Sesak Tapi ‘Mat Saleh’ Ini Bagi Teguran ‘Deep’ Buat Pelancong Tempatan

Share
  • Kehadiran pelancong meningkat sehingga 50 peratus berbanding cuti persekolahan biasa seperti tahun sebelumnya.
  • Tempahan penginapan pada hujung minggu penuh sehingga PKPP tamat 31 Ogos ini.
  • Pulau Kapas telah digazetkan sebagai Taman Laut Malaysia 1994. (Sumber – MyBis)

Langkah kerajaan giat mempromosikan pelancongan domestik pasca Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) wajar dipuji.

Manakan tidak, kelonggaran tersebut memberi 1001 manfaat kepada penggiat industri pelancongan termasuk media, pengiklanan serta pemasaran.

Kebanjiran pengunjung tempatan terutama di kawasan pulau peranginan telah menunjukkan destinasi laut dan pantai menjadi trend percutian masa kini.

Pulau Kapas, Marang
Pulau Kapas, Marang

Sering menjadi pilihan pelancong tempatan, keistimewaan Pulau Kapas terletak pada jaraknya – 10 minit perjalanan menaiki bot dari tanah besar.

Aktiviti snorkel dan menyelam merupakan cara terbaik untuk ‘menyelami’ hidupan marin serta terumbu batu karang di Pulau Kapas.

Perairan Taman Laut di Terengganu menyediakan salah satu lokasi skuba yang paling mengujakan sekitar Semenanjung Malaysia.

Pakej Day Trip Pulau

Pengusaha resort, chalet dan bot turut memperkenalkan pakej day trip sebagai salah satu inisiatif untuk menarik lebih ramai pelancong ke pulau.

Penulis percaya promosi kunjungan sehari ke pulau terkenal di Marang ini berjaya menarik minat pengunjung setempat untuk bawa keluarga aktiviti riadah air.

Pulau Kapas
Foto - FB Christophe Wauters

Cuma disebalik kesesakkan pelancong secara mendadak telah mengakibatkan Pulau Kapas menjadi overrated destination” dan “over tourism”.

Kesannya, kebanjiran pengunjung yang melanda menyebabkan syurga hidupan marin ini berubah menjadi tempat pembuangan sampah dan sisa makanan.

Malah, kapasiti pengunjung yang berlebihan menimbulkan bahaya kepada alam semula jadi seperti terumbu karang.

Memetik perkongsian seorang pengajar skuba dari Belgium yang terkandas di Pulau Kapas, sepanjang tempoh lock down, dirinya berpeluang menikmati kecantikan pulau.


“I visited the pulau several times in the past, but due to the lack of people now, we could see Kapas in all her beauty. Coral reefs had time to recover and sharks were often cruising around very close to shore,” – Christophe Wauters.


Foto - FB Christophe Wauters

Tambahnya lagi, beliau bersama rakan yang lain turut melakukan pembersihan pantai dan dasar laut secara berkala.

Namun, setelah tamatnya tempoh PKP, kunjungan tanpa henti pelancong ke Pulau Kapas mengundang derita pada alam.

“Huge amounts of day trippers were on the island, mainly in the weekend. Strolling around the beaches Sunday evening the scenery was disgusting”.

“Although there are garbage bins everywhere, diapers, tupperware full of food, baby clothes, all kind of plastic, beverages, toys were lying everywhere. And apparently most smokers think the beach is one massive ashtray”.

Pencemaran Pantai

Situasi kini amat berbeza dengan keadaan pulau sewaktu tempoh PKP dimana pencemaran pantai dapat dikawal sepenuhnya.

Sikap pengunjung tidak bertanggungjawab yang meninggalkan sisa makanan, pakaian, botol minuman dan sebagainya amat mendukacitakan.

Seharusnya pelancong mempunyai kesedaran sivik atau common sense dan tidak buang sampah sesuka hati.

Sampah sarap yang ditinggalkan pelancong/FOTO - Christophe Wauters
Puntung rokok yang dibuang sesuka hati/FOTO - Christophe Wauters
Botol minuman & sisa makanan berkelah/FOTO - Christophe Wauters

Perkongsian hantaran Facebook ‘mat saleh’ dari Belgium ini mendapat perhatian netizen dan komuniti pencinta alam sekitar.

Ujar mereka, kewujudan jet ski haram dan banana boat juga mengancam terumbu karang. Ada yang mengatakan aktiviti tersebut tidak dibenarkan di perairan Taman Laut.

Penduduk asal Kapas yang prihatin memberitahu seorang penulis pelancongan, sekiranya kepadatan pelancong berterusan tanpa pantauan, keindahan pulau ini boleh tercemar dan ‘dinodai’.

Cintailah alam semulajadi kita sebaik-baiknya. Usahlah kita menjadi tangan ‘ghaib’ yang merobek keindahan alam tanpa rasa menyesal.

Bertindak sebagai seorang pelancong dan pengembara yang bertanggungjawab serta mempunyai kesedaran sivik.

Pulau Kapas
Kesesakkan pelancong di Pulau Kapas/FOTO - Mei Mei Chu
Bekas sisa makanan/FOTO - Christophe Wauters
Sisa buangan yang dibiarkan tanpa rasa bertanggungjawab/FOTO - Christophe Wauters

Tips Menjadi Pelancong Prihatin di Pulau & Pantai

  • Elakkan untuk sebarang aktiviti riadah air yang mengancam hidupan marin seperti jet ski dan banana boat khususnya di perairan taman laut.
  • Hanya bermain kayak, snorkeling atau selam skuba pada kawasan yang dibenarkan sahaja. 
  • Tolong ingatkan sesama keluarga mahupun kenalan percutian, buang sampah & sisa makanan pada tempat pembuangan yang disediakan.
  • Kalau dah penuh, praktiskan diri dengan norma baharu iaitu bawa pulang sampah atau pastikan bawa plastik sampah untuk sisa buangan.
  • Terapkan dalam diri kesedaran sivik dan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
  • Ambil langkah tegur menegur apabila ada nampak orang buang sampah sesuka hati di pulau.
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!