'Pulau Kita Day' Berjaya Kutip 400 Kg Sampah, Pupuk Kesedaran & Rai Komuniti Pulau di Tioman - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Adventure Insider Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

‘Pulau Kita Day’ Berjaya Kutip 400 Kg Sampah, Pupuk Kesedaran & Rai Komuniti Pulau di Tioman

Share
  • International Coastal Cleanup Month dahulunya dikenali sebagai International Coastal Cleanup Day.
  • Aktiviti pembersihan pantai ini turut berkembang di Malaysia menerusi program “Pulau Kita Day” bertempat di Pulau Tioman, Pahang.
  • Kempen pemuliharaann lautan telah diasaskan oleh Ocean Conservancy, sebuah organisasi advokasi alam sekitar antarabangsa bertapak di Washington.
  • Foto oleh SRimages & Tioman Cabana Village.

Destinasi pulau pasca Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah menjadi produk laris macam pisang goreng panas.

Setiap minggu selepas pengumuman kerajaan membenarkan rentas negeri, tempahan percutian serta penginapan di pulau peranginan tidak kira Semenanjung atau Borneo mendapat sambutan hangat.

Tambah pula, kunjungan pelancong tempatan ke pulau-pulau mengunakan pakej ‘day trip’ turut meningkat berlipat ganda.

Pulau Kapas
Kesesakkan pelancong di Pulau Kapas/FOTO - Mei Mei Chu

International Coastal Cleanup 2020

Namun, tanpa kita sedari, keterujaan dan keseronokkan pengunjung ke persisiran pantai dan pulau sedikit sebanyak mengakibatkan kemusnahan alam sekitar.

Hidupan marin ‘dinodai’ dan sampah seperti lampin pakai buang ditinggalkan tanpa rasa tanggungjawab menjaga ekosistem lautan usai menikmatinya.

Sempena International Coastal Cleanup (ICC) 2020, usaha pemuliharaan pantai dan pulau ini turut dilakukan di Malaysia.

Atas rasa kesedaran betapa pentingnya lautan dalam kehidupan manusia, beberapa kumpulan dan komuniti sukarelawan telah menganjurkan acara Pulau Kita Day di Pulau Tioman.

Program yang bergerak atas tiket NGO ini sudah memasuki edisi yang ketujuh di pulau berkenaan. Pulau Kita Day telah berlangsung pada 18 hingga 20 September lalu.

Kebiasaannya, ICC disambut pada hari Sabtu, minggu ketiga pada bulan September. 

Tioman
Aktiviti pembersihan pesisir pantai sepanjang Pulau Kita Day di Tioman
Tioman
Pulau Kita Day dijayakan sempena International Coastal Cleanup 2020

Antara pengisian utama Pulau Kita Day adalah aktiviti membersihkan pesisir pantai di Pulau Tioman, Pahang.

Bayangkan, dalam masa lima jam sesi pembersihan berjaya mengumpulkan hampir 400 kg sisa buangan di sekitar persisiran pantai.

Puntung Rokok Tolong Simpan

Beg plastik, pembalut makanan, straw plastik, lampin, sisa makanan dan puntung rokok antara sisa buangan yang ditemui.

Rekod kutipan sampah paling tinggi adalah puntung rokok iaitu sebanyak 1520 batang. Malu kepada perokok! 

Aktiviti pembersihan pantai di Malaysia terus berkembang menerusi inisiatif kumpulan-kumpulan tertentu yang sentiasa bersemangat memelihara alam sekitar.


“Program sebegini aktif digerakkan oleh kumpulan sukarelawan dan dibantu oleh pengusaha resort dan kedai di kawasan sekitar. Menarik, setiap jenis sampah yang dikutip termasuk botol plastik, botol kaca, pembalut makanan serta banyak lagi direkod menerusi Clean Swell”, jelas jurucakap Pulau Kita Day, Alvin Chelliah.


Tioman
Alvin Chelliah
Tioman
Aplikasi Clean Swell yang digunakan untuk merekod jenis sampah yang dikutip
Tioman
Terima kasih kepada penganjur & peserta Pulau Kita Day di Tioman

Aplikasi tersebut menempatkan data jumlah kutipan sampah di pantai seluruh dunia yang bertujuan meningkatkan usaha-usaha pengurusan sisa buangan secara terkawal.

Kejayaan mahupun kesedaran yang diraih memerlukan usaha keras secara berterusan. Salah seorang penganjur Pulau Kita Day merupakan pemilik penginapan Tioman Cabana Village (TICA) iaitu Hisham Uyub.

Tioman Cabana Village & Stand Up Paddle

Tahniah diucapkan kepada pengusaha resort, pemilik kedai, penduduk setempat serta pelancong yang terlibat membersihkan pesisiran pantai.

Sebagai tanda sokongan terhadap acara Pulau Kita Day, penulis ingin kongsikan secara ringkas mengenai aktiviti dan penginapan di Tioman Cabana Village.

TICA mula dibuka pada 2006 oleh ‘local Tioman islanders‘. Menawarkan penginapan bajet tepi pantai, bistro tingkat atas dan menempatkan PADI dive center.

Selain popular dengan selam skuba dan snorkeling, pengunjung TICA boleh melakukan aktiviti kayak, dayung berdiri (stand up paddle) dan surfboard.

tioman
Hisham Uyub memberi penerangan berkenaan aktiviti stand up paddle
Tioman
Stand up paddle, tarikan terkini di Tioman
Tioman
Stand up paddle

Dalam mengimbangi antara pembangunan pelancongan dan alam, resort ini turut menyumbang 10% dari keuntungan untuk projek masyarakat yang disebut The Rumah Hijau – pupuk kesedaran alam sekitar dengan pelbagai objektif.

Cukup menarik pengisian program sepanjang Pulau Kita Day sempena International Coastal Cleanup 2020 di Pulau Tioman.

Pelancong bukan sahaja berpeluang mendekati alam sekitar, malah aktiviti seni, sukan air, muzik dan penyatuan budaya menjadi elemen penting sepanjang tiga hari.

Tioman
Tioman Cabana Village
Tioman
Live acoustic in top rank bistro, Tioman Cabana Village

Is not just holiday is experience.

Penulis merasakan kandungan program sebegini dapat menyuntik nilai positif masyarakat terhadap pulau dan pantai disamping mewujudkan tarikan pelancongan baru di sini.

Semoga orang awam dapat menghayati matlamat sambutan International Coastal Cleanup 2020 dan Pulau Kita Day, dengan memastikan kesedaran menjaga ekosistem lautan tempatan demi kebersihan serta kelestarian alam sekitar.

Tioman
Dalam masa terdekat ni penulis mesti menjejakkan kaki ke Tioman & main stand up paddle di Tioman Cabana Village

Buat penggemar aktiviti perkhemahan hutan atau ingin percutian konsep nature retreat, ini 4 tarikan baharu di Taman Negeri Rompin – baca di sini

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!