Pulau Tuba 'Hidden Gem' di Langkawi, Ini 6 Aktiviti & Itinerari yang Boleh Anda Lakukan - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Itinerari Kampung Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Visit Malaysia 2020

Pulau Tuba ‘Hidden Gem’ di Langkawi, Ini 6 Aktiviti & Itinerari yang Boleh Anda Lakukan

Share
  • Pulau Tuba terletak bersebelahan Pulau Dayang Bunting di Langkawi.
  • Pulau Tuba adalah ‘remote island’ yang sesuai buat para pencinta alam khususnya peminat burung, aktiviti penerokaan gua & trekking hutan.
  • Tourism Malaysia Wilayah Utara sedang giat mempromosi Pulau Tuba sebagai lokasi ekopelancongan baharu di Langkawi.

Pernah terlintas di fikiran untuk melancong ke Pulau Tuba? Hah, pulau ini masih dalam Malaysia dan bersedia untuk dikunjungi oleh pelancong luar dan domestik.

Macam biasa, BackPackerz lebih gemar ‘dedahkan’ destinasi yang kurang mainstream tapi cukup berbaloi untuk bercuti! 

Jeti Pulau Tuba
Pulau Tuba

Bagi korang yang tengah mencari lokasi menarik untuk bercuti hujung tahun ini, cubalah datang ke Pulau Tuba. Ia adalah sebuah pulau terpencil yang terletak 5 km dari Jeti Kuah, Langkawi.

Pulau Tuba asalnya adalah perkampungan nelayan tepi laut, menawarkan lanskap bumi yang segar, jauh dari kesesakan Pekan Kuah, masih mengekalkan gaya hidup tradisional dan sarat dengan sajian makanan masyarakat Melayu. Bagi penulis, Pulau Tuba menjanjikan pengalaman percutian yang cukup berbeza berbanding Pulau Langkawi.

Meskipun ‘remote island’, Pulau Tuba dilengkapi kemudahan asas yang diperlukan antaranya bekalan elektrik, telefon, bekalan air bersih, sekolah, penginapan, klinik dan sebagainya. Jadi jangan risau untuk berhubung dengan ‘dunia luar’.

Suasana desa & pemandangan indah di Pulau Tuba
Pemandangan laut di Pulau Tuba

Trivia – Untuk pengetahuan korang, di Pulau Tuba terdapat hampir 5 ribu penduduk yang menetap daripada tujuh kampung & boleh menampung 700 pelancong pada satu-satu masa.


Tuba beach resort. Foto - Najwa
View dari Tuba beach resort

Perairan Langkawi menempatkan 99 buah pulau, tapi hanya empat buah pulau sahaja yang berpenghuni iaitu Langkawi, Pulau Dayang Bunting, Pulau Rebak Besar dan Pulau Tuba! Dari segi geografi, Pulau Tuba adalah sebuah pulau pergunungan dengan dataran yang sangat sedikit.

Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba telah disenaraikan sebagai Marble Geo-forest Park. Ia merupakan hasil gabungan dua hutan simpan dan perubahan kejadian alam akibat perubahan suhu serta tekanan.

Tenang is good in Pulau Tuba
Aktiviti teroka gua di Pulau Tuba

Keluasan Pulau Tuba tidaklah sebesar Langkawi, tapi jangan risau, ada dua cara akses ke pulau ini. Selain itu, korang juga boleh menyewa motor atau sewa van dengan pemandu sekiranya datang berkumpulan.

Terdapat dua pilihan jeti untuk ke Pulau Tuba iaitu melalui Jeti Dato’ Syed Omar (Marble) bersebelahan Terminal Feri Kuah atau Jeti Pekan Rabu, bot akan lalu Selat Bagan Nyiur.

Penulis sarankan pelancong yang ingin bercuti ke sini menggunakan perkhidmatan bot di Jeti Marble kerana ia mengambil masa perjalanan 10-15 minit sebelum tiba di Jeti Pulau Tuba. Bagi yang ada simptom ‘mabuk laut’ boleh pilih route ini.

*info – Naik bot dari jeti Marble Langkawi RM5 untuk sehala, sewa motor pulak RM30 bagi separuh hari. 

Jeti Dato' Syed Omar (Marble)
Bird-watching waktu malam

Aktiviti & Itinerari di Pulau Tuba

  • Bersiar-siar di Jeti Teluk Puyuh
  • Mangrove tour
  • Memerhati burung liar
  • Cari Bronok & cuba makanan laut unik
  • Trekking ke Bukit Licin
  • Penerokaan Gua Wang Buluh
  • Menyeberang jambatan menghubungkan Pulau Tuba & Pulau Dayang Bunting
Pemandangan indah dari Jeti Teluk Puyuh
Aktiviti mangrove tour
Aktiviti bird-watching di Pulau Tuba
Aktiviti mencari bronok

Korang boleh melihat pelbagai hidupan liar di seluruh lawatan di Pulau Tuba, terutama burung Kenyalang. Jangan lupa ronda kampung-kampung nelayan, menyapa masyarakat setempat, hayati pemandangan sawah padi dan berjemur di tepi pantai.

Secara tidak langsung tumpuan serta promosi di Pulau Tuba bakal merancakkan industri pelancongan di sini, selain menjadi nilai tambah kepada pulau dan berpeluang mengetengahkan produk pelancongan terbaharu yang wujud di Langkawi.

Meskipun kurang gah berbanding branding Langkawi, namun Pulau Tuba kaya dengan keindahan alam semulajadi serta destinasi ekopelancongan yang sesuai dijadikan tempat berehat dan menikmati pemandangan tropika yang indah. Siapa nak ajak penulis camping dekat sini boleh roger. 

Ini rupa bronok guys
Trekking di Bukit Kecik
Jambatan menghubungkan Pulau Tuba & Dayang Bunting
Penghujung jeti untuk layan bergambar & sunset

Tempat nak makan pun senang di Pulau Tuba, memang korang takkan berlapar. Terdapat banyak warung dan restoran biasa sekitar pulau dan tak lupa juga peniaga kecil menjaja tepi jalan.

Antara menu yang dicadangkan pengikut BackPackerz, jangan lupa singgah Tanjung Pandan mencuba mee udang special. Hidangan laut pula sajian utama di sini kerana Pulau Tuba merupakan perkampungan dan komuniti nelayan.

Mee udang special. Foto - Dzul Iqram

Pada masa yang sama, Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga berhasrat menjadikan Pulau Tuba sebagai antara destinasi pelancongan berkonsepkan desa yang lengkap dengan tawaran seperti hasil laut, koral, kraftangan, keropok lekor dan kolam penternakan ikan air tawar. 

Projek Colourful House sedang dilaksanakan menghiasi rumah penduduk di Desa Telok Berambang dengan warna-warni sebagai tarikan pelancongan.

Persoalannya, adakah pelancong domestik bersedia untuk mengunjungi destinasi kurang popular seperti Pulau Tuba? atau masih kekal memilih lokasi pelancongan yang sesak serta padat di Langkawi?

Apa pun pilihan korang, ini lah masanya untuk menyokong kempen Nasional, Tahun Melawat Malaysia 2020!


Sumber foto: Ayue Jean, Warisan Tuba & Sini.com.my
Tags:

You Might also Like

2 Comments

  1. AHMAD HUSNI December 25, 2019

    Artikel menarik. Terima kasih.

    Reply
  2. Majalah Backpackerz December 26, 2019

    Terima kasih Tuan. Happy holiday & New Year!

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!