'Jewel of Kedah', Langkawi Destinasi Ketiga Pilihan Qatar Airways di Malaysia Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Airlines Asean Berita Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Visit Malaysia 2020

‘Jewel of Kedah’, Langkawi Destinasi Ketiga Pilihan Qatar Airways di Malaysia

Share
  • Langkawi adalah destinasi pelancongan tumpuan, pusat persidangan & pameran yang semakin meningkat dengan pengunjung antarabangsa – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Qatar Airways Akbar Al Baker.
  • Penerbangan empat kali seminggu ke Langkawi dikendalikan pesawat Dreamliner Boeing 787 akan ditingkatkan kepada lima kali seminggu bermula 27 Oktober 2019.
  • Selain Langkawi, Qatar Airways juga menawarkan perkhidmatan ke Kuala Lumpur & Pulau Pinang.

Qatar Airways telah meletakkan jenamanya sebagai pelopor dalam industri penerbangan dunia dengan pelbagai pengiktirafan dan anugerah menerusi pencapaian antaranya Airlines of the Year (Skytrax), World’s Best Business Class, Best Business Class Seat dan Best Airline in the Middle East.

Laluan baharu Qatar Airways ke Langkawi menunjukkan komitmen syarikat penerbangan itu untuk membawa lebih ramai pengunjung ke Malaysia dan menghubungkan ‘Jewel of Kedah’ ke rangkaian global yang lebih luas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad (HIA) dengan tawaran lebih daripada 160 destinasi seluruh dunia.

Pemilihan Langkawi oleh Qatar Airlines membuka pulau peranginan ini kepada pelancong Timur Tengah
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Qatar Airways Akbar Al Baker bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir

Qatar Airways telah bertapak di Malaysia sejak penerbangan pertama ke Kuala Lumpur pada 2001, seterusnya melancarkan laluan Pulau Pinang pada 2018 dan kini di Langkawi pada 2019, dengan lebih 25 penerbangan seminggu ke negara ini.

Langkawi terkenal sebagai destinasi pilihan pelancong antarabangsa kerana ia menawarkan penginapan bertaraf lima dan enam bintang. #VisitMalaysia2020

Pancutan air semasa pendaratan pesawat Qatar Airways di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
Qatar Airways, now flying to 'Jewel of Kedah' starting 15 October 2019 #LangkawiTogether
Yuna membuat persembahan sempena pelancaran laluan ketiga Qatar Airways di Malaysia

Pulau tropika ini memegang status UNESCO Global Geopark, satu daripada hanya 64 di dunia. Langkawi juga merupakan Duty-Free-Zone, menjadikannya lokasi tumpuan untuk membeli belah serta menyediakan pelbagai kemudahan MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran).

Pilihan Langkawi sebagai laluan baharu Qatar Airways dapat membantu mencapai sasaran lima juta pelancong ke Langkawi pada tahun 2020. Team BackPackerz teringin terbang bersama Qatar Airways kerana tempat duduk kelas perniagaan mereka sangat ‘tiptop’ ye!


Sumber & Foto: Qatar Airways
Kedah
Langkawi
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!