"Quiet Room", Ruangan Beribadah yang Disediakan di Tokyo DisneySea Theme Park! - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Insider Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Taman Tema Tips

“Quiet Room”, Ruangan Beribadah yang Disediakan di Tokyo DisneySea Theme Park!

Share
  • Jepun mengiktiraf Malaysia sebagai pasaran pelancongan penting berdasarkan jumlah pelawat sekitar 439,500 pada tahun 2018.
  • Kekhuatiran dalam pelbagai aspek dapat dilenyapkan kerana Jepun sedang berusaha menawarkan kemudahan yang mesra Muslim di lokasi tumpuan pelancong.
  • Terkini, sebuah bilik kemudahan yang digelar “Quiet Room” & boleh digunakan oleh pelancong Islam untuk menunaikan solat disediakan di Taman Tema Tokyo DisneySea.

Sektor pelancongan dunia semakin perihatin terhadap keperluan Muslim Traveler dan negara-negara seperti Taiwan, Jepun & Hong Kong giat mempromosikan pelan pelancongan mesra Muslim.

Negara matahari terbit, Jepun terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia melancong kerana menawarkan empat musim berbeza, pemansuhan penggunaan visa bagi pelancong Malaysia serta agreasif memperluaskan dasar pelancongan mesra Muslim.

Tokyo DisneySea

Tokyo DisneySea menjadi tempat tarikan popular selain Tokyo Disneyland. Destinasi ini diilhamkan oleh kisah laut dan legenda dengan tujuh pelabuhan bertema yang menawarkan banyak keseronokan dan hiburan mesra keluarga, kanak-kanak malah golongan dewasa.

Namun, mencari tempat yang tenang dan sesuai untuk solat di tempat tarikan yang sesak dengan orang ramai merupakan satu cabaran buat pengunjung Islam.

Menerusi perkongsian Halal Media Japan, terdapat satu bilik “Quiet Room” yang terletak di luar taman di kawasan berkelah, hanya satu minit berjalan kaki dari South Park Entrance.

Quiet Room ditanda dengan bulatan merah & tanda panah oren
Antara pengunjung Muslim di Tokyo DisneySea

Jika korang ingin menggunakan bilik itu, jangan lupa untuk memaklumkan kepada staff di pintu masuk dan dapatkan “re-entry stamp” terlebih dahulu supaya korang boleh masuk semula ke taman tema ini.

Dari Park Entrance South, korang akan jumpa sebuah kedai hadiah “Parkway Gifts South” di sebelah kanan. ‘Bilik Senyap’ terletak betul-betul di belakang kedai hadiah tersebut.

Pintu masuk Park Entrance South ke taman hiburan
Parkway Gifts South
Pintu masuk ke ruangan solat

Ia agak luas dan mampu memuatkan kira-kira 20 orang, fasiliti serta ruang lelaki dan wanita dipisahkan untuk pengunjung mengambil wudhu. “Quiet Room” boleh digunakan semasa Tokyo DisneySea beroperasi.

Cuma, korang jangan lupa bawa sejadah, telekung atau alas sendiri untuk menunaikan solat. Bilik ini menggunakan telefon pintar sebagai arah qiblat, jadi kalau korang ragu-ragu, boleh double-check, tiada masalah.

Kalau korang tak berjaya jumpa kawasan “Quiet Room” ini, jangan malu-malu untuk bertanya kepada kakitangan, mereka sedia membantu pengunjung! 

Fasiliti untuk lelaki & wanita yang dipisahkan
Tempat mengambil wudhu
Ruang yang luas & selesa

Sumber: Fooddiversity.today
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!