Rakyat Itali dibenarkan Tangguh Bayar Ansuran Bulanan Rumah Sehingga Covid-19 Reda Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

Rakyat Itali dibenarkan Tangguh Bayar Ansuran Bulanan Rumah Sehingga Covid-19 Reda

Share
  • Catat jumlah kes tertinggi selepas China (12,462 kes) dengan jumlah 1,016 kematian (setakat Jumaat lalu).
  • Kerajaan Itali telah mengisytiharkan perintah berkurung.
  • Penularan Covid-19 beri impak besar terhadap ekonomi negara tersebut.


Bayaran ansuran bulanan buat pemilik rumah akan ditangguhkan berikutan arahan perintah berkurung yang dikeluarkan kerajaan Itali berikutan penularan wabak Covid-19.

Perkara ini disahkan Timbalan Menteri Kewangan Itali, Laura Castelli Khamis lalu kepada para pemberita. “Ya, nampaknya perkara itu perlu dilakukan untuk membantu pemilik dan isi rumah yang memiliki kediaman,” ujar beliau.

Kerajaan Itali telah mengarahkan perintah berkurung terhadap lebih 60 juta rakyatnya berikutan kesukaran mengawal penularan Covid-19 di negara tersebut. Dalam satu sidang media, Perdana Menteri Giuseppe Conte meminta rakyat duduk di rumah dan mengharamkan sebarang pertemuan umum di tempat terbuka.

“Sudah tidak ada masa lagi. Saya akan bertanggungjawab terhadap langkah-langkah yang diambil,’ ujar beliau kepada The Guardian.

Selain Itali, difahamkan Royal Bank of Scotland (RBS) juga mengeluarkan kenyataan yang bayaran ansuran perumahan & pinjaman akan ditangguhkan selama tiga bulan bagi membantu pelanggan-pelanggan yang terkesan akibat Covid-19. 

Sumber: The Guardian

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *