Rakyat Malaysia Dikuarantin & Dihantar Balik Imigresen Korea Tanpa Sebab, 5 Sekawan 'Pujuk Hati' Bercuti ke Bandung - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Insider Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips Visit Malaysia 2020

Rakyat Malaysia Dikuarantin & Dihantar Balik Imigresen Korea Tanpa Sebab, 5 Sekawan ‘Pujuk Hati’ Bercuti ke Bandung

Share
  • Semua dokumen dah disediakan, dicetak & disusun setiap seorang masih gagal ‘menambat’ hati pihak imigresen.
  • Lima sekawan pergi Korea Selatan ‘balik hari’ & terus liburan ke Kota Bandung sebagai trip gantian.
  • Pegawai imigresen guna “phone translator” untuk berkomunikasi & mengajukan soalan kepada Nor Azam.

Nampaknya masih tidak reda isu pelancong Malaysia ditahan, dikuarantin dan dihantar pulang dari Korea Selatan.

Kes terbaru yang dikongsikan saudara Nor Azam di Facebok miliknya telah mendapat perhatian netizen dan mencecah 2.3K shares. Mungkin ramai di luar sana ingin tahu apakah sebab-sebab Noh Azam bersama empat rakannya dihantar balik ke Malaysia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Perkongsian Nor Azam di facebook mendapat perhatian netizen

KRONOLOGI KES

Aku malas sebenarnya nak menulis tapi ramai kawan-kawan suruh aku kongsi pasal ‘kejadian’ yang berlaku ni, so here it is.

So nak dijadikan cerita aku dengan empat orang kawan sekerja aku rancang untuk pergi Korea Selatan (one year planning). Dah lah cuti bos tak nak sign, tapi kami cuti juga sebab semua dan siap tempah dan bayar. Jadi, 6 November 2019 penerbangan kami ke Korea Selatan. Semua persiapan dan apa benda-benda patut semua kami dah sediakan.

Bermula lah kisah pengembaraan lima anak muda ke Korea balik hari. Jadi sampai je Incheon Airport tu, masing-masing dah teruja sebab percutian ini dah setahun rancang. Jadi kami beratur lah macam biasa. Sampai giliran aku dekat imigresen tu, pegawai ambik passport kemudian dia macam berbual-bual dengan kawan sebelah dia sambil tunjuk-tunjuk passport aku.

Aku dah rasa lain macam. Selepas itu, benda yang aku jangka sebelum ini terjadi. Pegawai suruh aku tunggu kat tepi sambil dia kumpul semua kawan-kawan aku yang lain. Kami dibawa ke bilik kuarantin aka ‘bilik termenung’.

Menunggu di bilik kuarantin

Untuk pengetahuan korang, semua benda aku dah prepare sebelum sampai ke sini. Semua dah dicetak, dan aku susun untuk setiap seorang. Aku dah suruh semua kawan aku study itinerary yang disediakan.

  • Borang Arrival/Custom Declaration
  • Tiket Balik
  • Itinerari Lengkap 7 hari
  • Segala tempahan untuk taman tema, Nami Island & sebagainya.
  • Tempahan Hotel
  • Surat Pengesahan Syarikat
Masih menunggu di bilik kuarantin

Sesi soal siasat pun bermula. Aku buat tenang je jawab apa yang pegawai tanya. Aku jawab mana aku boleh jawab. Pasal pegawai dia pun bukan tahu speaking English. Dia pakai translator, kau kena cakap dekat telefon lepas tu ada translation. Jadi, aku tak rasa kaedah tu 100% efisien.

Tapi nak buat macam mana, kita dekat negara orang. Aku pun jawab segala soalan pasal kerja, status aku, pasal syarikat aku kerja dan juga segala itinerari sepanjang dekat sana.

Dipendekkan cerita, selesai sesi soal jawab selama lebih kurang 2 jam, pegawai tu keluarkan satu surat. Dia suruh aku tandatangan tapi aku tak nak sebab itu surat tak dibenarkan masuk Korea. Aku cakap dengan dia tak boleh ke aku nak buat rayuan atau alternatif lain.

Dia cakap tunggu dulu dalam bilik kuarantin. Aku pun tunggu dan tunggu dan terus menunggu sambil termenung dalam kelaparan. 8 JAM BERLALU! Aku, kawan-kawan dan beberapa lagi ‘tahanan’ kena escort ke satu lagi bilik menunggu. Dah macam banduan aku rasa sebab kena beratur 3-3. Terkeluar daripada barisan je kena marah! Itu part paling lucu.

Macam tengah kawad menuju ke bilik kuarantin lain

Sejak aku kena tahan tadi sampai lah sekarang ni aku dengan kawan-kawan tak diberikan air atau makanan. Kali terakhir kami makan dalam flight je. Kami terus menunggu dengan redhanya.

Kami sebenarnya tidak diberitahu pun apa sebab kami tak lepas masuk, bila kami akan balik apa semua macam, seolah tergantung sepi je. Hisap rokok pun tak boleh lama-lama kena jerit dengan pegawai. Agak menyedihkan sungguh layanan mereka. Lagi satu jam sebelum flight balik baru diberikan roti dengan satu air.

Aku tanya dengan salah seorang security dekat situ yang macam okay sikit, boleh tak tengokkan kat papan layar pukul berapa penerbangan kami. Dia cakap kami akan balik jam 11.30 malam. Alhamdulillah.

Aku dah tak fikir apa, aku cuma fikir nak balik dan tinggalkan tempat ‘menyedihkan’ ini.

Muka redha kena balik hari dari Korea Selatan

Nak dijadikan cerita lagi, aku terasa sangat kesian dekat kawan-kawan aku. Ada tiga orang baru pertama kali melancong ke luar negara, tapi dah jadi macam ni. Aku buat keputusan untuk bawa mereka pergi Bandung sebab Kota Bandung ni dah macam kampung aku.

Tiap-tiap tahun aku pergi ke sini. Alhamdulillah, kenalan aku mas Bambang Wahyu Prayud bantu aku tempah dan aturkan segalanya. Siapa nak pergi Bandung boleh roger dia.

Trip 'pujuk hati' kami ke Bandung

Pesanan aku pada semua orang yang berhajat nak ke Korea Selatan, pastikan semua benda disediakan, study betul-betul tempat dan sebagainya. Walaupun semua benda aku dah prepare, masih tak lepas dengan pegawai imigresen sana. Kami tak diberitahu kenapa tidak dibenarkan masuk ke Korea Selatan, dah tanya tapi kena marah dalam bahasa Korea. Total duit ‘lebur’ – RM 2,000/seorang

Anggap sahaja percutian kami ke Korea Selatan bukan rezeki. Rezeki kami dekat Bandung disamping awek-awek Bandung yang cun.

Harap perkongsian ini tidak mengundang kritikan negatif, tanggapan buruk atau pertelingkahan mahupun perbandingan trip korang yang dah berpuluh kali berjaya ke Korea Selatan. Perkongsian Nor Azam untuk panduan orang lain yang merancang nak ke ke sana. Semoga Nor Azam dan kenalannya tabah menghadapi dugaan ini.

Kawah Putih, Bandung

APA PENDAPAT WARGANET & PENULIS “2 CENT”

Meskipun semua butiran dah tersedia, masih kena tahan tanpa diberitahu apa sebabnya. Rata-rata komen warganet yang mencuit hati penulis adalah “kena ikut penampilan Kpop kot baru dapat masuk Korea”.

Ada juga yang menyatakan bahawa Korea Selatan sedang kemaskini “tourist profile” bagi mengelakkan orang Malaysia jadi “illegal workers” di sana. Bak kata pepatah melayu, disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.

Tidak terlepas juga yang berkongsi bahawa ini mungkin cara mereka suruh kita melancong ke Korea Selatan menggunakan travel agent. Walau apa pun andaian yang dilontarkan, semua itu sekadar suara mereka mengikut kewajaran serta situasi.

Tidak terkecuali juga komen-komen yang menyarankan kerajaan Malaysia patut lakukan perkara sama bagi mengetatkan kemasukan ‘pelancong’ luar khususnya yang overstay, kerja tanpa permit dan melanggar undang-undang.

Seperti yang tular baru-baru ini, seramai 680 warga China ditangkap kerana disyaki terbabit penipuan pelaburan wang dalam talian serta tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan menggunakan pas lawatan sosial (PLS).

680 warga China menggunakan pas lawatan sosial ditangkap

Mungkin pihak berwajib boleh pertimbangkan dan kaji semula kelonggaran pelancong luar ke Malaysia terutamanya negara China yang dilabelkan antara ‘kumpulan pelancong bermasalah’.

Sedangkan rakyat Malaysia yang nak bercuti ke luar negara sering ditahan, dikuarantin dan dihalau balik tanpa sebab yang munasabah, malah langsung tidak dimaklumkan kenapa pihak imigresen menahan mereka. Bukan senang seseorang itu nak menabung semata-mata merealisasikan hasrat mengunjungi negara-negara yang diimpikan. 

Ibarat kata pepatah, hujan emas dinegara orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Rancanglah percutian dalam negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 menanti korang!

Saudara Nor Azam merupakan freelance photographer untuk Pictxel Studio di Kota Tinggi, Johor. Jom layan gambar-gambar yang dirakam Nor Azam di Indonesia!

Foto oleh Nor Azam
Dusun Bambu
Cikole, Bandung
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!