[Video] Rakyat Malaysia Diusir Dari Australia Selepas Tak Lepas Soal Siasat, Bagi Jawapan Meragukan );

Type to search

Backpackerz Isu

[Video] Rakyat Malaysia Diusir Dari Australia Setelah Tak Lepas Soal Siasat, Bagi Jawapan Meragukan

Share
Australia

Sejak beberapa tahun ini, warga Malaysia boleh dikatakan mempunyai reputasi buruk di mata penguat kuasa lapangan terbang di Australia kerana isu lambakan rakyat negara ini yang menyalahgunakan visa untuk tinggal lebih masa dan bekerja di negara itu.

Perkara ini bukan sahaja menyebabkan banyak pelancong Malaysia menghadapi kesukaran untuk melalui imigresen Australia, bahkan ada juga yang dihantar pulang selepas tidak berjaya meyakinkan pihak berkuasa tentang kedatangan mereka.

Beberapa hari lalu, satu klip lama daripada rancangan Border Security: Australia’s Front Line yang melibatkan pasangan suami isteri warga Malaysia tular di Facebook.

Setibanya mereka di lapangan terbang, pasangan yang mendakwa mereka telah berkahwin selama 10 tahun itu terus disoal siasat tentang tujuan ketibaan mereka.

Pihak berkuasa mula mengesyaki pasangan tersebut selepas mereka tidak dapat memberitahu dengan jelas perkara yang ingin mereka lakukan.

Mereka hanya memberitahu kedatangan mereka adalah untuk berbulan madu dan akan menggunakan bantuan Google untuk mengesyorkan aktiviti menarik di sana.

Mereka kemudiannya disoal siasat secara berasingan dan keraguan mula bertambah selepas kedua-duanya memberi jawapan yang berlainan untuk tarikh perkahwinan mereka.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di Malaysia yang mempunyai pandangan berbeza terhadap kedatangan pasangan itu ke Australia.

Ada yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang menghalau kedua-dua mereka dan ada yang memahami sebab mereka melakukan sedemikian, terutamanya setelah banyak kes yang melibatkan warga Malaysia menyalahgunakan visa mereka untuk bekerja secara haram di Australia.

Anda boleh lihat dan nilai sendiri sama ada tindakan pegawai berkenaan wajar atau keterlaluan.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!