Kebenaran Rentas Zon Hijau Bakal Hidupkan Semula Pelancongan Domestik, Kata Menteri Pelancongan - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Isu

Kebenaran Rentas Zon Hijau Bakal Hidupkan Semula Pelancongan Domestik, Kata Menteri Pelancongan

Avatar
Share

Pengumuman kerajaan membenarkan perjalanan rentas daerah dan negeri, membabitkan negeri zon hijau mulai Ahad ini akan menghidupkan semula pelancongan domestik yang terjejas akibat COVID-19, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau juga yakin keputusan itu mampu meredakan kegusaran pengusaha perkhidmatan pelancongan seperti perhotelan dan resort, pemandu pelancong, inap desa dan produk pelancongan yang kehilangan sumber pendapatan dalam tempoh sukar itu.

Justeru, beliau amat berharap semua rakyat khususnya di zon hijau menggunakan peluang itu untuk melancong secara domestik, selain disaran menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan dan perkhidmatan pelancongan tempatan yang lain.

“Peluang ini juga harus digunakan sebaiknya oleh pemain industri dengan promosi serta tawaran pelancongan yang menarik selaras dengan norma baharu dan SOP (prosedur operasi standard) untuk menarik minat pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menjadi panel jemputan dalam program Ruang Bicara yang disiarkan secara langsung di Bernama TV, malam tadi.

Kerajaan pada Jumaat bersetuju membenarkan perjalanan rentas daerah dan negeri, membabitkan negeri-negeri zon hijau dan daerah hijau di negeri merah dengan membuat permohonan dari pihak polis.

Susulan perkembangan terbaharu itu, Nancy berkata SOP berkaitan pelancongan sedang dikemas kini berikutan terdapat beberapa pindaan kecil perlu dibuat atas nasihat Majlis Keselamatan Negara.

Beliau berkata senarai baharu SOP itu dijangka dimuat naik di laman web rasmi kementerian dalam dua hari lagi.

Nancy berkata kementerian juga akan mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri untuk berbincang dan memastikan kelonggaran itu dapat digunakan sebaiknya dalam memulihkan kembali sektor berkenaan.

[Sumber: Bernama]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!