Resort di Thailand Ini Bolehkan Anda Tidur Dalam Bilik Kaca Sambil Lihat Gajah Yang Diselamatkan Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider

Resort di Thailand Ini Bolehkan Anda Tidur Dalam Bilik Kaca Sambil Lihat Gajah Yang Diselamatkan

Share

Kalau ada anugerah untuk resort yang menampilkan rekaan inovasi pada masa sama mementingkan kesimbangan flora dan fauna – maka ia harus diberikan kepada Anantara Golden Triangle Elephant Camp & Resort di utara Thailand.

Resot ini menawarkan penginapan mewah dalam bentuk bilik kaca mengembung lutsinar – lengkap dengan penghawa dingin, katil “King,” ruang tamu, bilik mandi dan makan malam yang disediakan dalam bekas khas yang dihantar pekerja hotel setiap malam.

Bilik kaca lutsinar bersaiz 236 kaki persegi ini dibina menggunakan fabrik polister berteknologi tinggi untuk menjamin ketahanan dalam jankamasa panjang. Jangan risau, kawasan bilik air adalah tertutup dan tiada kaca lutsinar.

Digelar “Jungle Bubbles,” kesemua bilik ditempatkan dalam kawasan laluan berpuluh ekor gajah. Apa yang menarik, gajah-gajah di sini merupakan gajah yang diselamatkan dari jalanan.

Digelar “Jungle Bubbles,” kesemua bilik ditempatkan dalam kawasan laluan berpuluh ekor gajah. Apa yang menarik, gajah-gajah di sini merupakan gajah yang diselamatkan dari jalanan.

Bayangkan, bangun melihat matahari terbit atau santai waktu petang melihat matahari terbenam – sambil gajah-gajah jinak berkeliaran di hadapan bilik. Pemandangan yang menakjubkan!

Malah, pihak resort juga tawarkan pakej “Walking with Giants” – membolehkan kamu mendekati haiwan ini sambil ditemani veterinar atau ahli biologi.

Menurut pihak resort, terdapat sejumlah 60 ekor gajah yang diselamatkan ada di resort ini. Penginapan semalam di sini dikenakan caj 585 usd (RM2,390). Di samping bilik kaca lutinar, terdapat juga bilik-bilik biasa ditawarkan.

Kredit/Foto: Anantara Golden Triangle Elephant Camp & Resort

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!