Restoran Nasi Kandar ‘Pandu Lalu’ Pertama Bakal Dibuka Di Penang - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Feast Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Restoran Nasi Kandar ‘Pandu Lalu’ Pertama Bakal Dibuka Di Penang

Avatar
Share
nasi kandar
  • Pulau Pinang mencatatkan pertambahan kes sebanyak 192 kes sejak 6 November, negeri ketiga tertinggi selepas Sabah & Selangor.
  • Pesanan makanan secara atas talian kini menjadi pilihan orang ramai berikutan pandemik Covid-19.
  • Hussain ‘drive thru’ Nasi Kandar terletak berhampiran Plaza Tol Sungai Dua (Seberang Perai), Penang.

Bila sebut sahaja jom perkena ’nasi kandaq original’, tiada tempat lain lagi untuk anda dapatkan ayam kampung, kurma kambing, telor masin dan kuah campuq kecuali di Penang.

Nak pesan makanan guna aplikasi ‘beruang panda’ takut lambat sampai, perut pula dah lapar. Maklumlah kalau order dari Penang mesti habis tumpah kuah makanan.

Bayangkan ada diantara rakan penulis yang sanggup memandu kereta dari Lembah Klang menuju ke Penang semata-mata nak puaskan selera makan nasi kandar asli yang cukup rempah rasa.

Selesai makan, lepak sekejap dan drive balik ke Kuala Lumpur. 

nasi kandar
Penang, Pulau Mutiara

Itulah kekuatan Penang sebagai destinasi makan yang menawarkan keunikkan gastronomi tersendiri. Macam mana pula kalau ada restoran nasi kandar ‘drive-thru’ pula?

Berita baik untuk peminat nasi kandar Penang tapi anda malas nak berjemur dan beratur panjang. 

Kini anda tak perlu bersesak untuk order nasi kandar, nasi briyani, kari kambing, ayam rempah, kuah campur, bendi dan telor masin. Semuanya lebih mudah dengan drive-thru.

Maklumlah, kalau dekat Penang ni, nak parkir sekejap-sekejap agak susah melainkan berhenti tepi dan bungkus. Rata-rata keadaan trafik sekitar Georgetown dan Jelutong sesak kerana kawasan tumpuan.

Kalau dulu kena beratur panjang sampai kat luar kalau nak makan sajian autentik selera Penang antaranya Restoran Deen Maju, Raffe Nasi Kandar Pulau Tikus dan Hameediyah Nasi Kandar.

Ketiga-tiga senarai itu antara port santapan kegemaran penulis kalau berkunjung ke Penang. 

nasi kandar
Foto - Hussain Nasi Kandar
Nasi kandar

Baru-baru ini Penang Foodie telah memuatnaik beberapa perkongsian gambar dari Twitter mengenai restoran pandu lalu yang bakal dibuka November ini.

Bukan hanya Mekdi atau makanan segera sahaja boleh mengetengahkan konsep pesanan makanan secara drive thru ye, nasi kandar pun dah upgrade level. Dont play play!

Idea sebegini dilihat sebagai satu langkah ke hadapan serta persediaan bagi menghadapi lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan dan stay at home.

Restoran Hussain Nasi Kandar mengambil pendekatan berani memperkenalkan konsep pesan makanan drive-thru yang pertama di Malaysia.

Setakat carian penulis di Google, belum jumpa lagi restoran menawarkan pesanan secara pandu lalu selain cawangan makanan atau minuman segera.

nasi kandar
Foto - @XXXbyefelicia

Cawangan restoran pandu lalu ini dilaporkan akan dibuka sekitar Sungai Dua, Butterworth, Seberang Perai.

Sama-sama kita nantikan perkembangan terbaru menerusi Facebook rasmi Hussain Drive Thru Nasi Kandar.

Restoran ini juga sedang mencari pembantu dan pekerja merangkumi 9 bidang yang berbeza antaranya supervisor, service crew, cashier, chef, admin clerk dan banyak lagi.

Kemudahan membuat pesanan makanan dengan pandu laju ini bakal menjadi trend terkini bagi segmen makanan segera mahupun Food & Beverage (F&B) berikutan amalan penjarakan sosial di tempat makan.

Orang ramai kini sedang berusaha menyesuaikan diri dengan norma baharu untuk bergerak (keluar masuk) secara berdua, makan luar hanya dua individu bagi satu meja, tidak berada di kawasan sesak dan sebagainya. 

nasi kandar
Bakal dibuka November ini

Kawalan pergerakan dan jarak sosial sudah menjadi kebiasaan baharu yang perlu dipratikkan dalam kehidupan harian penduduk di seluruh dunia.

Langkah tersebut hanya ‘senjata’ yang ada ketika ini bagi membendung penularan jangkitan Covid-19 daripada terus merebak. Semoga vaksin berjaya dihasilkan dengan berkesan.

P/s: Kalau dulu anda dok qhumah ja, kami pi hantaq, laa ni, anda pandu lalu ja naa.

Nak take a break from nasi kandar? Ini 4 tempat makan menarik di Penang – baca di sini.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!