Rindu Laut? Ini 4 Pulau ‘Favorite’ BackPackerz di Terengganu - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Itinerari Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Visit Malaysia 2020

Rindu Laut? Ini 4 Pulau ‘Favorite’ BackPackerz di Terengganu

Share
  • Pelancongan antara sektor kedua terpenting di negeri Darul Iman ini.
  • Pulau Perhentian & Pulau Kapas antara pulau yang menjadi tumpuan pelancong luar di Terengganu.
  • Kerajaan Terengganu menjangkakan sektor pelancongan negeri itu akan pulih dalam tempoh enam bulan hingga dua tahun.

Kebenaran rentas negeri yang diumumkan tempoh hari memberikan kelegaan kepada penggiat industri pelancongan tempatan.

Sedikit sebanyak tempahan hotel dan penginapan juga meningkat secara mendadak selepas ‘green light’ diberikan oleh kerajaan.

Lebih menguatkan sentimen percutian domestik selepas pengumuman berkenaan kebenaran taman tema serta aktiviti riadah air beroperasi semula bermula 1 Julai.

Pulau Lang Tengah
Pulau Lang Tengah/Foto - Traveloka

Jadi, anda dah pilih lokasi untuk Cuti-Cuti Malaysia? Negeri yang ingin penulis lawati dalam masa terdekat ini adalah Terengganu.

Negeri Darul Iman ini menawarkan pelbagai tarikan gastronomi serta keindahan pulau yang cukup istimewa buat penggemar laut.

Dapat bercuti 3 hari 2 malam ke pulau-pulau tropika sekitar Terengganu pun dah seronok; main air dan makan BBQ tepi pantai.

Kalau anda terbayang Pulau Perhentian bila sebut Terengganu, berikut BackPackerz kongsikan beberapa pulau boleh dikunjungi untuk percutian hujung minggu.

Pulau Kapas
Pulau Kapas

1 – Pulau Lang Tengah

Pengunjung boleh menaiki bot dari Jeti Merang di Setiu. Merang tidak harus dikelirukan dengan Marang, kedua-dua lokasi yang berbeza.

Pulau Lang Tengah dikatakan ‘syurga pulau tersembunyi’ di pesisir pantai timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

Pantai pasir putih, kaya dengan hidupan laut dan tidak begitu sesak, pelancong luar menyebutnya sebagai Maldives of Terengganu.

  • Nama “Lang Tengah” diambil daripada burung Helang yang terdapat di sini.
  • Terdapat pelbagai tawaran rekreasi air di Pulau Lang Tengah seperti penginapan, aktiviti snorkeling dan penyelaman.
  • Antara tiga resort di Pulau Lang Tengah adalah Sari Pacifica, Summer Bay Lang Tengah Island Resort dan D’Coconut Lagoon Resort.
Summer Bay Resort
Summer Bay Resort
Pulau Lang Tengah
Pulau Lang Tengah/ Foto - Oh My Tranung

2 – Pulau Rawa

Anda jangan confuse, Pulau Rawa ada dua, satu di Johor dan Terengganu pun memiliki pulau dengan ejaan yang sama.

Pulau Rawa terletak berhampiran Pulau Perhentian. Jadi, anda boleh ambik day trip untuk ke sini kerana tidak disediakan pusat peranginan atau penginapan di sini.

Kalau anda nak layan keindahan panorama dalam airnya, Pulau Rawa sesuai untuk snorkeling dan aktiviti menyelam.

Air laut yang biru jernih itu menjadikan pemandangan dasar lebih telus sehingga menampakkan terumbu-terumbu karang yang mempesonakan.

Pulau Rawa
Pulau Rawa/Foto - Amazing Terengganu
Pulau Rawa
Pulau Rawa
Pulau Rawa

3 – Pulau Gemia

Percutian pulau adalah subjektif, ada yang sukakan ketenangan, privasi, laut biru atau aktiviti riadah air.

Terletak kira-kira 18 kilometer dari Marang, Pulau Gemia kurang terkenal dalam kalangan pengunjung tempatan, namun menjadi lokasi popular buat pelancong asing.

Ia sebuah destinasi percutian yang menawarkan suasana yang sunyi memandangkan hanya satu resort sahaja di sini – Gem Island Resort & Spa.

Selain kaya dengan hidupan laut, banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini antaranya snorkeling, merentas hutan dan berkayak.

Jangan lupa singgah ke Pulau Gemia yang hanya jaraknya 800 meter dari Pulau Kapas dan pulau berhampiran.

Gem Island Resort
Gem Island Resort
Gem Island Resort
Gem Island Resort
Pulau Gemia/Foto - Astro Awani

4 – Pulau Kapas

Pulau ini sering menjadi destinasi alternatif sekiranya peak season di Pulau Redang atau Pulau Perhentian. Pulau Kapas terkenal dengan lambakan ikan Nemo.

Terletak hanya kira-kira enam kilometer dari jeti Marang, perjalanan mengambil masa sekitar 30 minit untuk sampai ke sini.

Selain memberikan ketenangan jiwa dan pantai yang landai ditemani pasir putih, anda boleh memancing, mencandat sotong, snorkeling, berkayak atau menjelajah sekitar pulau.

Menariknya, bagi penggemar aktiviti menyelam, anda boleh scuba dengan guide operator tempatan di kawasan kapal perang dunia kedua yang karam. 

Pulau Kapas sering menjadi rumah persinggahan buat pelancong asing yang teruja keindahan pantainya serta jarak lebih dekat dari tanah besar.

Anda boleh rancang percutian bajet ‘tak koyak’ bersama kenalan ke Pulau Kapas sebab penginapan di sini semua konsep chalet bajet, campsite dan tiada resort mewah.

Pulau Kapas
Pulau Kapas
Pulau Kapas
Pulau Kapas/Foto - Abdul Rahim Abdullah
Batu Singa, Pulau Kapas
Batu Singa, Pulau Kapas/Foto - Abdul Rahim Abdullah

Sudah tiba masanya pengunjung tempatan memberi lebih tumpuan kepada produk percutian domestik bagi merancakkan sektor pelancongan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Bagi mereka yang “Thalassophile“, a lover of the sea, anda mempunyai ratusan pulau mendamaikan, mudah diakses dan menawarkan panorama mengasyikkan di Malaysia.

Kalau ada mana-mana operator pelancongan sekitar pulau yang dinyatakan di atas nak bawa team BackPackerz review penginapan atau product update, boleh inbox Facebook atau email [email protected]

“We Are Together”.

Sg Chongkak & Taman Rimba Kanching

Sungai Chongkak dan Taman Eko Rimba Kanching di Selangor dibuka kepada pengunjung mulai 6 Julai. 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!