Rumah Penginapan Tradisional Jepun Tawar 'Si Bulus' Sebagai Peneman Bermalam - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Stay In

Rumah Penginapan Tradisional Jepun Tawar ‘Si Bulus’ Sebagai Peneman Bermalam

Avatar
Share

Sebuah rumah penginapan di Jepun menawarkan pengalaman menginap yang unik kepada tetamunya dengan menjadikan ‘si bulus’ sebagai peneman.

My Cat Yugawara, sebuah rumah penginapan berkonsepkan ‘Ryokan’, yang terletak di bandar Yugawara, wilayah Kanagawa menawarkan pakej ‘trial’ yang membolehkan para tetamu mengalami sendiri bagaimana rasanya tinggal bersama kucing.

Ryokan adalah sejenis rumah penginapan tradisional Jepun yang biasanya dilengkapi dengan bilik berlantaikan tikar tatami, tempat mandi umum, dan kawasan umum lain, di mana para tetamu boleh memakai kimono musim panas dan berbual dengan pemilik.

Akihiro Ochi, pemilik My Cat Yugawara, memberitahu Bored Panda bahawa terdapat individu yang ingin memelihara atau berinteraksi dengan kucing tetapi tidak dapat membela haiwan itu di rumah atas sebab tertentu.

Jadi, beliau merasakan kemudahan seperti apa yang disediakan olehnya itu di mana individu seperti itu dapat menghabiskan masa sepanjang hari dengan kucing adalah amat diperlukan.

[Sumber: My Cat Yugawara]
[Sumber: My Cat Yugawara]

“Semua orang di dalam My Cat Yugawara adalah keluarga dan sahabat. Kami tidur dan makan bersama.

“Kami, kakitangan di sini, mengetahui keperibadian setiap ‘anak’ kucing kami kerana betapa eratnya kami semua.

Ochi berkata kucing-kucing di situ adalah pintar, peramah, patuh, dan tenang. “Kami tidak beroperasi untuk mendapatkan keuntungan. Sebilangan besar pendapatan kami digunakan untuk menjaga kemudahan, termasuk memberi makan kucing dan menjaga kesihatan mereka. “

Pengunjung yang membeli pakej ‘percubaan’ akan berkongsi bilik mereka dengan kucing. Kucing akan tiba pada jam 5.30 petang dan tinggal bersama sehingga 9 pagi. Sepanjang waktu itu, tetamu tidak dibenarkan meninggalkan kucing bersendirian.

Bagi tetamu yang pertama kali mahu menginap, mereka diminta untuk melengkapkan sekurang-kurangnya satu sesi di kafe My Cat Yugawara, supaya kakitangan pusat penginapan itu dapat memastikan mereka selesa bersama kucing, dan sebaliknya.

Pakej percubaan bukan hanya diselubungi keseronokan bersama kucing. Tetamu juga harus membuat ‘kerja kotor’ iaitu membersihkan bekas najis kucing dengan penyodok yang diberi ketika check-in.

[Sumber: My Cat Yugawara]
[Sumber: My Cat Yugawara]

Pakej ini dibuat mereka  yang memikirkan untuk menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan tetapi masih ragu-ragu. My Cat Yugawara berharap dapat membantu mereka untuk mengetahuinya.

Apa yang menarik adalah jika pengunjung memutuskan bahawa mereka mahukan kucing yang meluangkan masa bersama mereka, mereka boleh mengambil kucing tersebut untuk adopsi.

Walaubagaimanapun, mereka harus melalui satu sesi temu ramah untuk memastikan sama ada mereka layak atau tidak untuk menjaga kucing yang diingini.

Harga bagi pakej percubaan adalah 2,200 Yen (kira-kira RM86) bagi seekor kucing tidak termasuk harga penginapan satu malam sebanyak 4,950 Yen (RM195) satu kepala (dengan bilik mandi peribadi), atau 3,190 Yen (RM125) satu kepala (tanpa bilik mandi peribadi).

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!