Sabah Benarkan Aktiviti Pelancongan Domestik, Rekreasi Laut
Share

Selaras dengan beberapa kelonggaran yang ditetapkan oleh kerajaan bagi lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 7 hingga 20 Disember ini, kerajaan negeri Sabah membuat keputusan untuk membenarkan aktiviti pelancongan domestik dan juga rekreasi laut.
Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, kebenaran pelancongan dan rekreasi laut itu bagaimanapun adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan negeri.