Sabah Buka Semula Sektor Pelancongan Domestik, Perhotelan & Pusat Santuari Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Sabah Buka Semula Sektor Pelancongan Domestik, Perhotelan & Pusat Santuari

Share
  • Sabah muncul sebagai salah satu daripada destinasi eko-pelancongan & pengembaraan paling unggul di rantau Asia.
  • Sektor pelancongan Sabah merekodkan hasil tertinggi pada tahun 2018 dengan kutipan mencecah RM8.342 bilion.
  • Semua sektor yang dibenarkan beroperasi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan & pihak berkuasa.

Tarikan seperti Gunung Kinabalu (puncak tertinggi di Asia Tenggara), lubuk penyelam skuba yang mempesonakan dan keindahan hutan terpelihara, itulah permata yang melonjakkan Sabah.

Namun semua aktiviti rekreasi dan berkaitan perlu dihentikan serta kunjungan pelancong telah disekat gara-gara pandemik yang melanda dunia.

Lembah Danum, Sabah

Bermula Ahad lalu, beberapa sektor utama telah dibenarkan beroperasi secara berperingkat di Sabah, namun perlu mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Menurut Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sektor tersebut termasuk pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar serta rangkaiannya.

Ia meliputi pelancongan dalam negeri (domestik) dan semua operasi perhotelan dibenarkan beroperasi kecuali penggunaan fasiliti hotel.

Kemudahan seperti surau, bilik mesyuarat dan seminar, spa, sauna, gimnasium, bilik latihan, kolam renang, dewan makan dan bufet kekal ditutup.

Sabah
Pillars of Sabah

Tarikan pelancong hidupan liar yang diuruskan oleh Taman-Taman Sabah seperti Tabin Wildlife Resort, Danum Valley, dan Maliau Basin dibenar beroperasi.

Pusat santuari termasuk Pusat Pemulihan Sepilok, Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Kinabatangan Wildlife Sanctuary serta KK Wetland juga dibenarkan.

Aktiviti kebudayaan meliputi kegiatan seni visual, pakaian dan makanan tradisional, muzik serta tari (tidak melebihi 10 orang), penyelidikan dan pendidikan budaya turut dibenarkan.

PENERBANGAN DOMESTIK DIBUKA SEMULA

Kerajaan Sabah telah memutuskan untuk mengizinkan lebih banyak penerbangan domestik beroperasi.

Syarikat penerbangan tempatan disaran untuk menambah penerbangan dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu, Alor Setar, Kuching, Miri dan Bintulu.

Kelonggaran bersyarat ini perlu digunakan sebaiknya rakyat Sabah bagi menjana semula ekonomi terutama sektor pelancongan yang begitu terkesan akibat Covid-19.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *