Sabah Harap Pelancong Dari Semenanjung Bercuti ke Sana Bantu Sektor Pelancongan Terjejas - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Visit Malaysia 2020

Sabah Harap Pelancong Dari Semenanjung Bercuti ke Sana Bantu Sektor Pelancongan Terjejas

Share
  • Tarikan eko-rimba yang diuruskan Taman-Taman Sabah seperti Tabin Wildlife Resort, Danum Valley, Maliau Basin & pusat santuari sudah beroperasi.
  • Sabah antara negeri terawal yang mengumumkan pembukaan semula sektor pelancongan & perhotelan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
  • Pelancong yang ingin memasuki Sabah perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19.

Tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu, biru-biru hujung Kinabalu, tengok dari jauh hati saya rindu, Kinabalu dekat di Kundasang.

Lagu dendangan Reno berjudul Sayang Kinabalu itu sentiasa menjadi kegemaraan penulis sekiranya rindu untuk bertandang ke Negeri Di Bawah Bayu.

Pada 10 Mei lalu, Ketua Menteri Sabah telah membenarkan beberapa sektor pelancongan domestik beroperasi merangkumi perhotelan, kebudayaan dan alam sekitar.

Pulau Pom Pom, Sabah

Kerajaan Sabah turut memutuskan untuk memberi pelepasan dan mencadangkan lebih banyak penerbangan tempatan ke Sabah.

Lantas daripada keputusan kerajaan membenarkan rentas negeri dan pulang ke kampung, rakyat Malaysia mula merancang percutian mereka untuk melancong dalam negara.

Cuma satu perkara yang menjadi pendebatan dalam kalangan pelancong tempatan iaitu berkenaan caj tambang penerbangan yang naik mendadak.

Netizen meluahkan pendapat mereka di media sosial dengan harapan agar tiket penerbangan domestik khususnya ke Sabah atau Sarawak dapat dikurangkan.

Perkongsian di Twitter, rata-rata bersetuju harga tiket yang ditawarkan selepas PKP agak keras membuatkan ramai yang tidak berkemampuan jika merancang percutian ke Malaysia Borneo.

Pada masa sama, pengusaha pelancongan di Sabah mengharapkan pelancong Semenanjung bercuti ke sana bagi merancakkan semula sektor pelancongan di sana.

Tambahnya lagi, setakat ini aliran sektor pelancongan hanya tertumpu dalam Sabah sahaja, ternyata ia tidak mencukupi.

Pelancong Semenanjung perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 sekiranya ingin melancong ke Sabah dalam masa terdekat.

Tambah pula harga tiket yang melabung menyebabkan ramai memilih lokasi tumpuan seperti Penang, Langkawi dan Kuantan untuk makan angin. 

Sabah
Pillars of Sabah
Mabul Island/foto - Kim Chong Keat

Soalnya, jika harga tiket sehala ke Sabah meningkat mendadak, bagaimana untuk rakyat tempatan bercuti ke sana?

Bagus untuk dikongsikan di media sosial, namun kita semua tidak boleh membuat andaian sendiri mengenai isu ini. Jangan dicurah minyak ke dalam api yang marak.

Sama-sama kita nantikan penerangan lanjut daripada pihak berkaitan. Apa-apa pun, marilah kita menyokong kempen percutian domestik! AirAsia ada umum “Unlimited Pass Cuti Cuti Malaysia” (baca sini). 

Sumber: Astro Awani

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!