Sabah Pertimbang Benarkan Pelancong Singapura Masuk Ke Negeri Itu Melalui 'Travel Bubble' );

Type to search

Backpackerz Berita

Sabah Pertimbang Benarkan Pelancong Singapura Masuk Ke Negeri Itu Melalui ‘Travel Bubble’

Share
Gunung Kinabalu Sabah

Kerajaan Sabah sedang mempertimbangkan cadangan untuk membawa masuk pelancong Singapura ke negeri itu menerusi ‘travel bubble’ atau gelembung perjalanan.

Perkara itu diberitahu oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin yang berkata perkara itu masih lagi dalam perbincangan oleh kabinet negeri.

Cadangan itu dijangka akan dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Perbincangan telah dilakukan dengan Sutera Harbour Resort bagi membawa pelancong dari Singapura menggunakan kaedah perjalanan yg selamat secara berasingan dari Singapura ke Kota Kinabalu dan Pulau Mantanani.

“Di peringkat kementerian, kita sedang memperhalusi perkara ini dengan pemegang taruh seperti Malaysia Airport Berhad bagi membolehkan kita memperketatkan prosedur operasi standard (SOP),” katanya yang dipetik dari Borneo Today.

Pihaknya juga sedang menunggu keputusan Kerajaan Persekutuan yang akan berbincang dengan Kementerian Luar Singapura.

“Ketika ini pergerakan yang dibenarkan di Sabah masih mengikut zon dan mungkin dalam masa terdekat kita akan melihat keperluan membenarkan pergerakan mengikut negeri,” tambahnya.

Sumber: Bernama
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!