Sambutan "World Tourism Day 2020" Tumpu Pelancongan & Pembangunan Luar Bandar Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Sambutan “World Tourism Day 2020” Tumpu Pelancongan & Pembangunan Luar Bandar

Share
World Tourism Day
  • UNWTO telah menetapkan 2020 sebagai Tahun Pelancongan & Pembangunan Luar Bandar (Tourism and Rural Development).
  • Data dari UNWTO menunjukkan 100 hingga 120 juta pekerjaan pelancongan terkesan secara langsung & berisiko.
  • Negara yang bergantung pada sumber pelancongan untuk pekerjaan & pertumbuhan ekonomi paling teruk terjejas akibat pandemik.

“Pelancongan dan Pembangunan Luar Bandar” merupakan tema sambutan World Tourism Day (WTD) 2020 yang diraikan setiap tahun pada 27 September.

Pelancongan memainkan perantan penting dalam memelihara warisan dan mempromosikan budaya di seluruh dunia.

Tanpa kita sedari, pelancongan banyak membantu masyarakat luar bandar yang bergantung pada tarikan alam semulajadi sebagai sumber pendapatan.

World Tourism Day
WTD 2020 highlights the important role tourism plays in preserving & promoting culture & heritage

Kunjungan pelancong mahupun pengunjung tempatan ke kawasan pelancongan luar bandar ibarat memberi sinar bagi penduduk setempat.

Secara tidak langsung, pelancongan dan pembangunan luar bandar saling memerlukan antara sama lain.

World Tourism Day 2020

Penyatuan budaya yang unik, sokongan projek pemuliharaan termasuk melindungi spesies terancam, tradisi dikekalkan sehingga generasi akan datang.

Hari Pelancongan Sedunia 2020 juga menyoroti peranan pelancongan dalam memelihara serta mempromosikan keunikkan budaya dan warisan.

Bagi kebanyakan masyarakat luar bandar, pelancongan membawa rezeki dan peluang kepada mereka.

Pelancongan menyediakan pekerjaan dan menjana ekonomi penduduk setempat termasuk wanita dan belia.

World Tourism Day
Tourism helps rural communities hold onto their unique natural and cultural heritage

Peluang dan ruang ini dimaanfaatkan komuniti luar bandar untuk melindungi serta mempromosikan persekitaran semula jadi mereka.

Perkongsian seorang pencinta air terjun, Irfan Zulkifli ke Lata Penyel, Perak di Facebook BackPackerz memberikan impak yang cukup mendalam kepada masyarakat orang asli di situ.

Kunjungan pelancong tempatan yang inginkan percutian nature retreat serta pengalaman luar bandar menjadi kekuatan di Air Terjun Lata Penyel.

Dengan pembangunan luar bandar yang seimbang, promosi serta sokongan pelbagai pihak, sektor pelancongan eko di Malaysia mempunyai kekuatan tersendiri.

World Tourism Day
Air Terjun Lata Penyel, Sg Siput (U), Perak
World Tourism Day
Air Terjun Lata Penyel

“Tourism helps rural communities hold onto their unique natural and cultural heritage, supporting conservation projects, including those safeguarding endangered species, lost traditions or flavors” – Zurab Pololikashvili, UNWTO Secretary-General


World Tourism Day
Zurab Pololikashvili, UNWTO Secretary-General

Saranan World Tourism Organization (UNWTO) tentang Pelancongan dan Pembangunan Luar Bandar bertujuan untuk menarik minat sektor swasta dan masyarakat antarabangsa dalam mengembangkan pelancongan di wilayah luar bandar.

Dengan cara ini akan menyumbang pembangunan yang inklusif, lestari dan berdaya tahan. Namun sedikit coretan penulis di akhir kalam, ekosistem semula jadi harus dikekalkan demi “sustainable tourism”.

Kundasang, Sabah
Kundasang, aku rindu pada mu

Sekiranya anda terlepas, acara “Pulau Day Kita” berjaya kutip 400 kg sampah di Tioman – baca di sini 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!