Tourism Malaysia Lancar Kempen "Santai Di Zoo", Diskaun Sehingga 40% Di Zoo Negara, Zoo Melaka & Zoo Taiping - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

Tourism Malaysia Lancar Kempen “Santai Di Zoo”, Diskaun Sehingga 40% Di Zoo Negara, Zoo Melaka & Zoo Taiping

Avatar
Share
Zoo Negara

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi agensinya Tourism Malaysia melancarkan Kempen Stimulus Cuti-Cuti Malaysia “Santai di Zoo” bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengunjungi zoo-zoo di Malaysia di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan melalui Pakej Ransangan Ekonomi (PRE).

Kempen yang bermula dari 1 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021 itu merupakan program kerjasama dengan Zoo Negara, Zoo Melaka dan Zoo Taiping & Night Safari yang menawarkan potongan harga istimewa untuk tiket masuk.

“Tourism Malaysia memanggil semua rakyat Malaysia untuk merebut peluang ini dan menggalakkan rakyat Malaysia meluangkan masa bersama keluarga dengan menikmati keunikan khazanah hidupan liar serta meneroka keindahan zoo-zoo di Malaysia,” jelas Tourism Malaysia dalam satu kenyataan.

“Jumlah keseluruhan tiket yang ditawarkan adalah lebih 70,000 tiket,  tertakluk kepada terma dan syarat ‘first come first serve basis’.”

Melalui kempen ini, orang ramai boleh mendapatkan diskaun sebanyak 40% bagi harga tiket masuk dewasa dan kanak-kanak ke Zoo Negara.

Lebih 16,000 tiket ditawarkan oleh Zoo Negara bermula 1 Januari 2021 dengan pembelian secara atas talian melalui platform e-dagang Shopee.

Selain itu, Diskaun 30% ditawarkan bagi tiket masuk dewasa dan kanak-kanak kepada lebih 20,000 pengunjung pertama yang melawat Zoo Melaka bermula 1 Januari 2021 dengan pembelian secara online di laman web Zoo Melaka www.zoomelaka.gov.my.

Bagi Zoo Taiping & Night Safari pula, lebih 30,000 pengunjung pertama yang melawat Night Safari, Taiping akan menikmati diskaun 30% bagi harga tiket masuk dewasa & kanak-kanak bermula 1 Januari 2021.

Pembelian boleh dibuat melalui kaunter jualan tiket masuk di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) dan sah untuk penggunaan pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!