Sarawak: Jumlah Penerbangan Dikurangkan & Pengunjung Wajib Dikuarantin di Hotel - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz

Sarawak: Jumlah Penerbangan Dikurangkan & Pengunjung Wajib Dikuarantin di Hotel

Share
  • Orang ramai boleh pulang sambut Aidiladha di kampung halaman susulan tiada sekatan perjalanan termasuk rentas negeri.
  • Orang awam dinasihatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.
  • Kes jangkitan tempatan yang kian meningkat telah dicatatkan di Kuching & Samarahan; menjadikannya jumlah keseluruhan mencecah 650 di Sarawak.

Tepat jam 2 petang tadi, majoriti rakyat Malaysia bersedia di depan kaca televisyen mahupun live-stream menantikan pengumuman terkini berkaitan COVID-19.

Penulis juga tidak terkecuali mengikuti rapat informasi yang dikongsikan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Sebelum ini, Sarawak mengumumkan akan melaksanakan kawalan pergerakan antara daerah bagi mengekang penularan wabak.

Kerajaan hari ini meluluskan permohonan tersebut untuk mengehadkan pergerakan perjalanan antara Zon atau Bahagian di Sarawak mulai 1 hingga 14 Ogos.

Dalam pada itu, ‘Pak Long’ berkata, kerajaan Sarawak juga memutuskan untuk mengurangkan jumlah penerbangan dari Semenanjung, Sabah dan Labuan bermula 1 hingga 14 Ogos ini.

Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak
Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak

Mutakhir ini, banyak suara-suara di media sosial berkongsi mengenai perkara ‘sekatan perjalanan’ tanpa usul periksa sehingga ramai mula tonjol tabiat lama iaitu panic buying.

Sebenarnya tidak ada sekatan balik kampung, had operasi perniagaan dan sebagainya. Paling penting, kita kena pastikan setiap SOP dipatuhi supaya Kita Jaga Kita.

Sumber: Harian Metro

Sarawak
Empangan Bengoh - Foto/Aizaharwani MJ

Ini itinerari pengembaraan ke Bengoh Range dan Bengoh Dam di Padawan, Sarawak dengan bajet RM40 – baca di sini

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!