Sekarang Adalah Masa Yang Sesuai Untuk Percutian Domestik - Pakar Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Pilihan Editor Visit Malaysia 2020

Sekarang Adalah Masa Yang Sesuai Untuk Percutian Domestik – Pakar

Share
Penang Redang Kuala Lumpur
  • Pameran MATTA Fair tahun ini diadakan secara online antara 9 & 15 September.
  • Kemasukan pelancong domestik ke Pulau Pinang mencatatkan kira-kira 680 orang pada setiap hari.
  • Sebanyak 18 ribu tempahan hotel bertaraf tiga hingga lima bintang direkodkan di Melaka sejak PKPP.

Hampir pasti sektor pelancongan di kebanyakan negeri kini boleh menarik lafas selepas menerima tempahan penginapan sewaktu perayaan Raya Aidiladha yang lalu.

Jika diperhatikan dalam tempoh sebulan selepas pengumuman PKP Pemulihan, penggiat pelancongan dan ejen giat mempromosikan pakej, penginapan serta tarikan secara agresif.

Itu satu petanda positif dimana industri terkesan telah sedar dan sedang berusaha bangkit semula meskipun segelintir rakan seperjuangan telah ‘terkorban’.

Gambar hiasan

Pameran MATTA Dalam Talian

Penulis ingin mengajak anda semua yang berjiwa Sayangi Malaysiaku untuk sama-sama menjana ekonomi tempatan secara keseluruhan.

Sekarang adalah masa yang sesuai Cuti-Cuti Malaysia, beli produk Malaysia, bantu peniaga kecil sederhana dan sebagainya.

Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan MATTA Pulau Pinang telah menyusun pakej pelancongan baharu yang lebih dinamik.

Struktur harga yang menepati pasaran domestik sebagai langkah awal untuk memulihkan sektor pelancongan, selain mengembalikan keyakinan pelancong.

Musim perayaan menjadi elemen penting dan masa paling sesuai untuk rakyat tempatan melancong dalam negara. Bakal menjelang tiba adalah cuti sekolah dan Hari Merdeka.

AirAsia tawar tambang istimewa
Kuala Lumpur

Pameran MATTA tahun ini turut memberi tumpuan kepada mempromosikan pelancongan domestik di seluruh dunia tanpa ‘godaan’ destinasi luar negara.

Baik yang sudah bekeluarga atau pasangan yang ingin berbulan madu, destinasi domestik sudah mampu memenuhi citarasa serta konsep percutian diimpikan.

Pulau Pinang lokasi tumpuan untuk buru makanan lokal dan jelajah bandar telah mencatatkan kira-kira 680 pelancong domestik setiap hari.

Manakala di Melaka, penginapan hotel di seluruh negeri sudah mencapai 18 ribu tempahan sejak sekatan perjalanan dilonggarkan.

Clan Jetties, Penang/Steve Douglas
Clan Jetties, Penang/Steve Douglas
Pasir Pantai Klebang, Melaka
Pasir Pantai Klebang, Melaka

Melaka menyasarkan lebih 25 ribu tempahan hotel sehingga Disember depan sekaligus membantu merancakkan semula ekonomi pelancongan domestik.

Meskipun pintu sempadan negara masih ditutup kepada pelancong luar, kempen Cuti-Cuti Malaysia menunjukkan kesan pemulihan dengan sokongan rakyat tempatan yang dahagakan percutian.

Penang beach/Moto Moto Sc
Penang beach/Moto Moto Sc
Genting Highland/Tan Victor
Genting Highland/Tan Victor

Cuma penulis suka untuk mengingatkan semua pengunjung dan pelancong tempatan agar sentiasi mematuhi prosedur operasi standard (SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan kluster tempatan.


Itinerai 4 hari 3 malam di Semporna, menginap di resort atas air, day trip ke empat pulau terkenal, snorkeling dengan puas dengan bajet minima – baca di sini

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!