Sekatan Keluar Melancong Beri Kesan Kepada Emosi & Menyebabkan Kemurungan - Pakar - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips

Sekatan Keluar Melancong Beri Kesan Kepada Emosi & Menyebabkan Kemurungan – Pakar

Avatar
Share
Sekatan perjalanan emosi
  • American Express melakukan tinjauan seramai 2 ribu orang di seluruh negara yang dianggap sebagai general population travelers (pelancong umum).
  • Hampir separuh responden merasa cemas, tertekan & rasa murung disebabkan tidak dapat keluar bercuti.
  • Perjalanan (travel) adalah salah satu aktiviti teratas yang paling orang ramai rindukan ketika ini.

Menurut Amex Trendex 2020, orang ramai sedang mengalami kemerosotan mood/emosi gara-gara kehilangan keseronokkan melancong seperti biasa.

Situasi ini menyebabkan mereka berasa cemas dan tertekan kerana tidak dapat bercuti mengikut citarasa dan keinginan.

Industri pelancongan global yang cukup rancak sebelum ini akhirnya lumpuh untuk jangka masa panjang akibat dibadai pandemik Covid-19.

Sekatan melancong emosi
Ban on travel taking an emotional toll - Amex Trendex 2020

Disebabkan kebanyakan pintu sempadan masih ditutup, pilihan yang tinggal untuk orang ramai adalah percutian dalam negara sahaja.

Kesannya kini, lokasi percutian tempatan menjadi over tourism atau overcrowded tourist destinations.

Keadaan ini telah mengubah trend melancong sebelum pandemik di mana pakej pelancongan menarik menjadi rebutan, tiket penerbangan ke luar negara bagai gula dihurungi semut dan tempahan ke destinasi mainstream menjadi buruan.

Lebih menarik, ada yang sudah membuat tempahan setahun lebih awal untuk itinerari percutian yang diidamkan.

Sekatan melancong emosi
New norm of travelling

Bagaimanapun, ini lah situasi semasa yang perlu ditempuh dengan kebiasaan baharu.

Penulis sendiri melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang cukup menguji ketahanan mental setelah tiga bulan lockdown.

Bayangkan tidak dapat ke mana-mana, hanya batasan pergerakan dari bilik tidur ke dapur dan halaman rumah.

Rutin harian yang terhad sepanjang PKP terasa seolah ‘terpenjara’ di kediaman sendiri.


Trivia – Amex Trendex 2020 adalah laporan trend dari American Express yang meninjau perkembangan pengguna di US, UK, Australia, Jepun, Mexico dan Kanada dengan cara mereka menghabiskan masa, percutian serta perbelanjaan.


Selepas berbulan-bulan terkurung, rata-rata orang ramai mengalami kemurungan serta tekanan emosi kerana tidak dapat keluar melancong ke destinasi diimpikan.

Sekatan melancong emosi
Sekatan perjalanan menyebabkan emosi terganggu

Secara peribadi, penulis fikir tidak ramai yang terkesan akibat sekatan perjalanan, tetapi memetik laporan trend yang dikeluarkan, ramai terkesan dengan kekecewaan ini.

Orang ramai merindui perjalanan (travel) sehingga menyebabkan tekanan emosi dan menjejaskan kesejahteraan mereka – lapor Travel + Leisure.

Setelah perjalanan disambung semula, orang ramai akan memilih melancong dalam kumpulan kecil, sama ada keluarga atau kenalan rapat (quarantine pod) bagi mengelakkan terdedah kontak dengan individu yang berisiko.

Antara keutamaan pelancong pasca Covid-19 adalah pilihan tempahan akses terus, standard fleksibiliti dan kebersihan.

Ruang makan 'quarantine greenhouse' di sebuah restoran di Amsterdam.

Jadi, ayuh sahut seruan kerajaan untuk melancong dalam negara dengan norma baharu bagi membantu menghidupkan semula industri pelancongan negara yang terjejas teruk.

Secara tidak langsung, keterujaan dan keseronokkan bercuti dalam Malaysia bakal menceriakan semula emosi dan mengendurkan tekanan.

Kita masih belum menang! Praktis memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan menjaga kebersihan diri jangan diabaikan. #KitaJagaKita

Jom Cuti-Cuti Malaysia!

Hanya dua jam perjalanan memandu dari Kuala Lumpur, resort Gopeng ini menawarkan penginapan dalam caravan seolah di luar negara – baca di sini

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!