Selain Sky Mirror, 'Blue Tears' Tarikan Terbaharu & Unik di Kuala Selangor Perlu Anda Kunjungi - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Insider Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Visit Malaysia 2020

Selain Sky Mirror, ‘Blue Tears’ Tarikan Terbaharu & Unik di Kuala Selangor Perlu Anda Kunjungi

Share
  • Pemandangan ‘air mata biru’ ini adalah yang pertama di Selangor & hanya boleh ditemui di Kuala Selangor.
  • Blue tears boleh dilihat dengan menaiki bot di Jeti Sky Mirror bermula 8 hingga 10 malam.
  • ‘Pulau Rahsia’ di Kuala Selangor ini juga merupakan habitat untuk hidupan laut seperti kerang laut, ketam pantai, ketam merah, kerang buluh, siput laut & sebagainya.

Sebut sahaja Sky Mirror, pasti semua terbayangkan gambar-gambar refleksi yang dirakam di sebuah kawasan perairan cetek sekitar Kuala Selangor.

Pantai Sasaran atau lebih dikenali sebagai Sky Mirror merupakan tarikan pelancongan yang tidak asing lagi di Selangor dan diberi gelaran Salar De Uyuni Malaysa.

Sky Mirror
Pantai Sasaran, Kuala Selangor

#Trivia – Fenomena Salar de Uyuni di Sasaran ini tidak selalu berlaku kerana ia sebenarnya sebuah kawasan pantai. Ianya hanya terjadi 6 hari pada setiap bulan mengikut kalendar lunar masyarakat Cina iaitu pada pertama, ke-2, 14, 15, 16 dan 30.


Fenomena Salar de Uyuni

Siapa sangka kejadian alam di ‘pulau misteri’ ini mampu menghasilkan pantulan imej fotografi unik yang mencerminkan langit dan pantai. Untuk datang ke sini, anda perlu naik bot lebih kurang 30 minit dari Jeti Sasaran, Kuala Selangor.

Lebih menarik, fenomena fitoplankton yang mengeluarkan cahaya biru terang menambah tarikan pelancongan selain Sky Mirror dan Dataran Pekan Lama. Hah mesti anda tertanya-tanya apakah tarikan terbaru itu.

Only in Kuala Selangor
Blue Tears

Fitoplankton, sejenis tumbuhan marin mikroskopik yang hanyut di permukaan air akan menghasilkan cahaya kilauan biru terang apabila bertindak balas dengan kandungan oksigen dalam air laut.

‘Blue tears’, fenomena semulajadi malam yang disebabkan oleh alga “Dino-flagellates”, dapat dilihat oleh pengunjung dengan menaiki bot laju di Jeti Sky Mirror menyusuri perairan Sungai Selangor, Kuala Selangor.

'Blue tears', fenomena semulajadi malam
Perlu naik bot lebih kurang 30 minit dari Jeti Sasaran

Kemunculan ‘Blue tears‘ di Kuala Selangor ini bakal menjadi produk pelancongan terbaharu untuk memikat pengunjung domestik dan pelancong luar negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2020! #DiscoverSelangor

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!